Sunday, 11 November 2012

kalau tak di posting, macam mana ek


“ kami di sem 8 mungkin tidak dijamin posting “ satu ayat dari seorang senior yang aku kira boleh mengugat keselesaan guru pelatih masih sedap kekenyangan. Serius…Sebelum aku angkat kaki untuk balik kampung, aku sempat jumpa dengan beberapa senior yang kalau diikutkan akan bekerja tahun depan.

Tapi lain pula ceritanya pada tahun ini. Lepasan guru pelatih tahun 2012 mungkin tidak dijamin penempatan di sekolah ataupun dengan kata lain ‘ taniah, awak penganggur terhormat’.


Senior tu bagitau aku ‘ aku 5 tahun lepas, lepaskan peluang tuk belajar engineer, aku masuk maktab dengan keputusan 8 A dalam spm. Tiba – tiba dah 5 tahun setengah mu belajar jadi cikgu, mu dapat tahu mu tak dijamin posting, mu tak rase bengang ke? Mu kena lalu temu duga, rekod baik, pointer cantik, baru dapat posting

Siapa tak bengang? Belum sempat dorang nak celebrate saat – saat terakhir di IPG, datang plak taklimat baru yang mereka akan bersaing dalam pasaran terbuka. Kadang – kadang aku terpikir, kalau lulusan pendidikan, boleh juga apply tuk jadi pensyarah di kolej dan sebagainya. Kalau lulusan perguruan? Sekolah sahaja tempat yang ‘ melakukan ijazah ‘ ni.

aku cuba tengok diri aku. Pointer, latest 3.78, cgpa 3.69... paras - paras hidung. Rekod disiplin? tak de lah comel sgt, tapi alhamdulilah, tak masuk lagi akta 174. Ish bila pikir tak di posting, meremang bulu roma.

Nampaknya aku dah boleh prepare tuk bela ayam kampung secara besar – besaran dengan harapan bila aku da habis belajar nanti, aku tak jadi penganggur…..  

klik sini untuk lebih kesedaran...khas tuk guru pelatih dan ini

Kepada member - member yang sama batch dan junior - junior, bangun lah dari mimpi...tempat korang dah kena amik, keistimewaan pun dah dikurangkan, tapi masih lagi tak sedar- sedar lagi? Dah tak de lagi istilah lembu masuk maktab pun boleh jadi cikgu. tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi. 

pesanan tuk aku dan korang...sama - sama masuk ipg nak jadi cikgu, so sebagai kawan mestilah aku sampaikan realiti yang sebenar pada korang kan

Tuesday, 6 November 2012

bosan.......


Exam habis 5.10.2012, majlis kahwin kawan aku , Hamdan pada 10. 10.2012. Jadi 5 hari yang berbaki tu aku isi dengan kerja part time kat kandang kuda, kadang – kadang aku, mula buka buku pasal Action research. Tengok – tengok mana yang patut aku siap sedia tuk praktikum depan.

Life sangat bosan menjelang tengah hari, aku banyak spend waktu untuk online memandangkan itu salah satu cara untuk jimat dari hang out dengan kawan – kawan dan spend money tak tentu arah.

Baru – baru ni aku online dan terlihat kes rita rudaini kat you tube….Sebelum ni korang akan perasan yang aku macam diselebungi dengan persekitaran nak kahwin ! nak kahwin! Dan awek aku antara salah satu mangsa emosi bila aku cam kadang – kadang terasa kurang kasih sayang bila tak dilayan. Dan alhamdulilah sekarang aku rasa, otak aku dah sedikit clear dan alhamdulilah, dia paham perangai aku yang kadang – kadang tak matang langsung.



Back to that kes, aku sebagai orang luar, tidak berhak untuk menjatuhkan sebarang penilaian yang bersifat sterotype mahupun perjudis terhadap situasi yang berlaku.  Cuma yang aku nampak,  dan mungkin boleh aku jadikan pengajaran dari kisah rumah tangga mereka, perkahwinan itu satu gerbang, bukan satu  alam kekal dengan gembira tanpa sebarang ujian.

Menerusi video tersebut kau akan perhati bila kahwin, kena ada rasa tanggungjawab dan majority tanggungjawab dalam keluarga itu terletak pada bahu suami. Kadang – kadang bila aku tengok video rita rudaini, aku rasa kesian ( kalo betul macam apa yang diceritakan) camne seorang ibu tu nak kena handle anak- anak, kerjaya, dan gossip – gossip yang mendatang tanpa seorang suami di sisi. Tapi pada masa yang sama aku macam tak setuju bila dia buruk – burukkan suami dia kat media.  Sebab salah satu tanggungjawab isteri adalah menjaga maruah suami walaupun suami tu tak sebaik macam kamu nak

Lupakan soal negatif, pengajaran yang aku nampak kat sini, lelaki kena siap sedia dengan pelbagai aspek sebelum nak mendirikan rumah tangga terutamanya aspek ekonomi dan rasa tanggungjawab. Kau tengok bagaimana seorang suami itu begitu mudah diperlekehkan bila dia dikatakan tidak mampu menyediakan nafkah untuk keluarga. Aku rasa tak semua wanita Malaysia mampu untuk hidup susah – susah dahulu, senang – senang kemudian dengan suami bila berkahwin nanti. Majoriti perempuan yang aku jumpa ( bujang) nak kan seorang lelaki yang mampu menjamin kehidupan mereka dan anak mereka.
Time aku sekolah menengah: perempuan cari lelaki yang kaki sport, hensem ( glamer la kira)

1. Time aku kat matrik : masih lagi perempuan mencari lelaki yang sport dan paling penting, pandai
2. Time aku kat maktab: perempuan cari lelaki yang ada kereta, senang nak outing ke bandar
3. Time aku dah nak keluar maktab : perempuan cari lelaki yang ada kerja, terjamin masa depan, kalo ada agama, itu dikira bonus extra vaganza ( walaupun lelaki tu bukan kaki sport, muka tak hensem tapi sweet)

Ok back to main issue, jelasnya di sini, kalo sekadar nak jadi boyfriend, bermodalkan ayat manis, kalau ada kereta bapak sponsor, lebih tinggi peluang untuk jadi boyfriend yang terbaik  untuk gf anda. Tapi untuk menjadi suami?

Kau tengok apa yang rita complain pasal suami dia, dan ko akan tahu apa yang wanita kat Malaysia perlukan dari seorang lelaki dipanggil suami.

Bak kata Ustaz Azhar, suami yang gentleman, adalah suami yang support semua , makan minum, berak cangkung isteri dan anak – anaknya. Isteri tak wajib keluar nafkah dan haram bagi suami makan hasil pendapatan isteri kalo isteri tak halalkannya.


Kadang- kadang bila fikir semula… mungkin antara salah satu punca kenapa Islam mewajibkan suami menjaga nafkah isteri dan keluarga adalah tuk pelihara maruah suami itu sendiri sebagai lelaki. Supaya bila berlaku perkara tidak diingini, isteri tidak punya point nak burukkan suami dari segi nafkah. Bukti dah ada, jelas masuk you tube lagi. Dunia akhir zaman.


Kesimpulannya…aku lom sedia lagi nak kahwin. 

Saturday, 3 November 2012

dilemma bila kawan - kawan kahwin


Exam tinggal satu paper lagi…satu je lagi, tapi kemalasan aku di tahap – tahap yang susah aku nak gambarkan dengan kata- kata sopan. Member kelas siap payung soalan spot, siap beriya- iya cakap, soalan ni masuk, confirm punya. Last – last tak masuk, mulalah sorang –sorang garu kepala, sambil picit – picit kepala pen memikirkan apa yang patut digoreng atas kertas putih yang bergaris.

Bila di akhir sem ni, maksud aku, dah nak abis pengajian, mula terbit rasa nak kerja, rasa nak pegang duit sendiri , nak beli itu, nak beli ini dan tak kurang gak ramai member- member ( perempuan terutamanya ) yang tak sabar – sabar nak dirikan pelamin atau dengan kata lebih tepat, ‘kahwin’

Tuk pengetahuan korang, dua orang classmate aku, sorang lelaki, sorang gadis, yang akan mendirikan rumah tangga pada bulan pertengahan bulan 10 dan bulan 12.  Alhamdulilah, jodoh dah sampai. Kesan dari perancangan perkahwinan classmate, aku rasa hampir setiap kali jumpa kawan – kawan kelas yang lain, mesti keluar topic kahwin.  Antara contoh ayat biasa yang selalu ku dengar :

1)    Aku lambat lagi kahwin, nak kerja dua tiga tahun, baru kahwin ( ini kawan lelaki)

2)    Aku ingat tahun depan nak bertunang, sebelum posting dah leh prepare nak kahwin dah  ( ini kawan perempuan)

3)  Aku nak kahwin, aku nak kahwin (pada masa yang sama, tak bersedia dengan tanggungjawab) (ini aku)

Aku ngan zak,selalu usik luqman, sebab dia sekarang tengah hangat bercinta, dan tak kurang gak kita orang suruh dia ikut jejak Hamdan tuk kahwin cepat – cepat.  Luqman ni jenis cool, sabar dan agak jarang – jarang dan mungkin sangat – sangat susah untuk melihat dia marah. Untung la awek ko, dapat laki yang yang penyabar.

Merangkumi persekitaran kehidupan guru pelatih di bawah tangungan elaun yang diberikan kerajaan, kau akan perasaan satu habit yang biasa iaitu“kahwin awal” . Satu trademark? Mungkin juga, tapi kahwin tu kan sunnah, benda baik , buat apa nak lewat – lewatkan?

Baru – baru ni, abah aku baru je selesai majlis graduation PhD dia, alhamdulilah, tercapai gak hasrat abah aku tuk siapkan apa yang telah dia mulakan.  Sedang – sedang kita orang amik gambar kenangan kat UTM , tetiba abah cakap  “ lelaki tak pe nep kahwin lewat, buat la Master dulu” . Aku cam terdiam. Besar sungguh harapan abah nak tengok anak teruna ni ikut jejak langkah dia.

Aku pernah cakap rasanya kat awek aku, yang aku nak uruskan hal keluarga, cam jaga mak aku, uruskan hal rumah, ladang dan sebagainya. Alhamdulilah dia faham.  Cuma mungkin 2 3 minggu ni aku cam terlebih manja dengan dia, sampai tak boleh tak mesej, mesti aku terasa kurang kasih sayang. Tekanan exam mungkin

Sekarang aku dah normal, teruskan hidup aku macam biasa,

Study > exam > graduate> kerja > kahwin?

Aku rasa aku nak buat loan pastu buat rumah atas tanah bapak aku. Itu lagi baik..

Tuesday, 30 October 2012

SICK

erm....................................................erm......... wordless day aku hari ni. Walaupun dalam kepala sebenarnya banyak benda nak ditulis.

Aku tengok nota, tak de benda nak di baca, mungkin sebab mode aku yang suam - suam suku..

Seriuously dah la baru - baru aku diserang secara emosi oleh seorang perempuan, dan hal itu pun aku dah letak tepi, malas dah nak pikir, cam bapak aku cakap. Kalau perempuan tu Allah bagi hak tuk mencerai, dah tentu ramai menduda. Sebab tu bapak aku suh aku sabar dan keep calm. Sebab tu ramai ramai lelaki yang suka makan hati dan mati awal. Agak sarcasm point aku di situ.


Thursday, 4 October 2012

persepsi aku dalam 4 tahun ni


Dalam empat tahun, banyak persepsi manusia mula berubah. Aku tengok berdasarkan pengalaman aku. Sebagai contoh.  Jalan yang aku sedang tempuh sekarang ni. Sebagai guru pelatih IPG.

Tahun 2008

 Aku masih ingat lagi ada reunion dengan member – member sekolah. Time tu boleh kata hampir semua  kawan – kawan rasa bangga sebab dapat masuk University dengan course yang aku kira agak gempak contoh, engineering, architecture, bio tech dan macam – macam course yang aku kira macam best bila nama course disebut berserta dengan nama university.

Dipendekkan cerita, aku terpaksa keluar dari matrik sebab menurut perintah abah untuk masuk maktab. Dan rasanya semua sedia tahu, maktab = keluar jadi cikgu sekolah rendah. Tuhan je yang tahu perasaan aku time tu.

Ada seorang member ni, time dalam sekolah menengah dulu, aku yang ajar dia chemistry, sebab chemistry aku kira power gak la, ( A1 beb) dan aku sendiri pernah cita – cita nak amik chemical engineering. Dan dipendekkan cerita, kawan yang aku ajar sekarang ni dah amik chemical engineering kat UITM Shah Alam. Aku plak boleh terlencong ke perguruan, pendidikan seni plak tu. Gila terlencong

tahun 2009

boleh kata, aku dalam keadaan jeles yang amat dengan kawan – kawan aku kat matrik. Habis je matrik, ada yang pergi sambung farmasi, ada yang amik mescom, accountant, banking. Kira dorang 1 sem lagi awal masuk degree. Maktab plak makan masa setahun setengah untuk foundation  sahaja.  Tu belum lagi tengok member – member yang dapat tawaran untuk buat degree kat overseas. Gila jeles.

Aku pernah rasa down, dan time tu plak member aku, Arham yang sekarang jadi bakal doktor  cakap “ mak aku sebenarny nak aku jadi cikgu dowh” . Hehehe. Time tu semangat gua bagai sedikit pulih, dan ku teruskan perjalanan sebagai seorang guru pelatih

Tahun 2010 – 2011

time ni kecoh gila pasal budak – budak UPSI yang da mula meroyan, nak kan keadilan dari segi elaun yang kita org terima, dan PTPTN yang mereka dapat. Aiseh, sebelum nak debat, boleh tak tengok korang ikat kontrak pinjaman dengan siapa? Kementerian pengajian tinggi.  Kami pulak ikat kontrak separa perkhidmatan dengan Kementerian Pelajaran. Lain parents beb.
Time ni budak – budak kat IPT yang amik kos pendidikan, dah mcm sedikit butt hurt bila ada pihak yang mempertikaikan kualiti mahasiswa pendidikan dari UPSI terutamanya. Dan lagi parah lagi, bila pengambilan KPLI dalam purata yang aku kira agak besar dan guru ijazah IPT ni rasa terancam. Tu yang berlaku rasa tak puas hati, akhirnya mereka menuntut sesuatu yang aku kira bukan bidang mereka. Kalau tak puas hati dengan isu posting lambat, pinjaman PTPTN, boleh tak jgn link kan amarah korang pada kami budak IPG yang pernah dirasakan tak de kelas 4 tahun dahulu?

Kalau korang nak tengok gaya mereka yang tak puas hati ni, korang boleh type kat google, beza budak IPG dan IPT. Macam – macam respon yang korang akan dapat tentang perasaan mereka yang still tak puas hati dengan rezeki orang lain

Tahun 2012

Tahun ni aku pergi buat praktikum. Seriously aku rasa aku jatuh cinta ngan kerja cikgu sekarang. Time ni aku belajar menjiwai profession yang 4 tahun dulu aku rasa tak glamour. Tapi sekarang ni, aku berani announce yang aku bangga jadi cikgu sekolah rendah yang mengajar PSV. Budak – budak seronok belajar dengan aku dan aku pun seronok mengajar dorang.

Tinggal setahun lagi, aku akan habiskan pengajian aku. Aku plan nak ikut jejak langkah ayah aku yang dah tamat Phd tahun ni. Insya Allah.

Kesimpulannya, persepsi kita akan berubah mengikut masa dan setiap masa itu akan lebih bermakna bila kita dapat harungi ujian Nya.

Wednesday, 3 October 2012

ladang anak Banjar~ Arif Farm

 Aku bakal cikgu~ hell right, dan tak lupa juga aku pekerja part time kepada encik abah dalam menguruskan ladang dan ternakannya.

Seronok jadi penternak ni. Kadang - kadang kalau aku rasa stress kat sekolah, aku suka lepak kat kebun untuk release tension. Tengok lembu - lembu ragut rumput, anak lembu yang baru lahir dan mula jalan slow2.

Aku ingat lagi, aku ngan adik aku, ikut abah buka tanah kat sini, dari 3 ekar, sekarang ada dalam 40 ekar
untuk kawasan penternakan ni.

Dari lembu 1 ekor jantan, 20 ekor betina pada 5 tahun lepas. Sekarang dah 140 ekor dengan beberapa puluh ekor jantan lain yang telah dijual dalam masa 3 tahun ni. Alhamdulilah, rezeki tu Allah bagi pada orang yang berusaha.



















Sunday, 23 September 2012

kita semua kan cikgu, kenapa nak menghukum sesama sendiri



Yeah, sudah kembali ke maktab, dan tak ku sangka akhirnya aku dah pun menjadi senior semester enam.  Kalau ikut heiraki students dalam IPG , semester enam ni boleh kira lapisan kedua selepas semester lapan. Kira geng – geng otai atapun dalam bahasa kasarnya, dah macam bapak orang.

Bila dah bergelar super duper senior ni, mulalah terasa diri ni besar, konon penuh segala ilmu di dada, berjalan pun dah macam level pensyarah kat IPG. Seronok sebab dalam masa setahun lagi, aku akan graduate dan diposting bekerja di bawah kementerian pelajaran.

Aku lepak café dengan kawan – kawan kelas. Melihat adik – adik junior yang masih lagi hijau muda, sedikit sebanyak membuatkan aku terkenang zaman aku mula – mula menjadi guru pelatih tahun 2008 dahulu. Sekarang  sudah masuk akhir 2012. Melihat imbasan cermin di café, jelas memperlihatkan wajah aku sudah tak sejambu waktu gila – gila remaja dahulu. Ceh


Aku melihat kelakuan mereka. Aku tersenyum bila mengenangkan ada beberapa budak batch dan senior aku membuka cerita mengenai mereka. Ada yang baik, ada juga yang aku kira kurang enak untuk didengar.  Dan ada juga pihak yang terus menjatuhkan konklusi bahawa mereka ini tidak mempunyai gaya seorang guru, mungkin akan melahirkan murid yang tidak berkualiti dan bla bla bla….persetankan itu semua

Aku kadang – kadang buat tak endah dengan tanggapan orang. Bagi aku, siapa kita untuk menilai orang baik buruk mereka.  Kalau mereka menghukum golongan manusia sebegitu, tidakkah mereka sedar bahawa mereka juga pernah dinilai oleh golongan yang lebih berpengalaman dari mereka.  Sesiapa yang lebih tua akan melihat golongan muda ini sebagai satu refleksi kesilapan dalam hidupnya.

Aku sendiri bukannya seorang individu yang dikira cemerlang sahsiahnya semasa 4 tahun hidup di IPG. Cukup aku katakan, menjadi guru bukan pilihan pertamaku empat tahun dahulu. Sekadar memenuhi hasrat abah untuk melihat aku menjadi guru, aku pikul juga tanggungjawab ini dengan hati yang berat.



Sepanjang 2 tahun pertama, kehidupan aku sendiri macam penjara, dan pastinya ada senior – senior yang melihat aku sebagai satu ikon negatif dalam bidang perguruan. Sehingga kini, masih menjadi satu rahsia, siapa yang meletakkan  tilam maktab sebagai alas landing bagi pelajar yang panjat pagar.  Dan aku sendiri merupakan orang yang boleh dikira sebagai golongan pertama yang mula – mula keluar IPG melalui pagar Teltrac, pastu semua junior dan senior pun dah berani buat.

Bagi aku, semua orang pernah buat silap, bak kata pepatah, bumi mana yang tak ditimpah hujan, longkang mana yang tak tersumbat, betul tak? Setiap orang belajar dari kesilapan dan kesilapan tu akhirnya menjadi input dalam pengalaman kita. Sekarang ni aku sendiri boleh tersenyum, melihat kepada keputusan praktikum dan reaksi anak murid, konklusinya, seburuk – buruk guru pelatih, kalau dia ikhlas mengajar dengan usaha dan kesungguhan, dia akan menjadi guru yang baik akhirnya.


Bagi aku, better jadi guru pelatih yang bersifat gila – gila, berdikari dan tidak terlalu bergantung pada pandangan orang. Kadang – kadang dalam arena pendidikan ini, kita kenalah gerak lain sikit dari orang lain, supaya ada kelainan. Itu je pendapat sepuluh sen gua

Aku sendiri pernah jadi mangsa kritikan para senior, jadi aku paham bila ada junior yang cakap, kenapa senior tu tak mesra? Even aku dah sem 6 ni pun, ada lagi senior – senior atas tak percaya kebolehan para junior mereka. Mungkin mereka rasa mereka lebih berpengalaman kerana mereka lebih dahulu mengikuti kursus. Bagi aku, kalau dulu aku praktikum, junior pun akan praktikum. Kalau aku buat thesis, junior pun akan menyusul gak untuk melakukan kerja yang sama.

Sekarang ni, aim aku satu je, bantu junior- junior yang nak kan bimbingan, bukan hukum dorang tanpa satu asas yang kukuh. Sama – sama keluar nak jadi cikgu kan? Kalau nak menghukum, baik jadi tukang sapu.

Saturday, 22 September 2012

musim assignment



Aku duk mengulang playback lagu set fire to the rain by Shila Hamzah. Aku suka part dia mendayu  dia tarik suara husky . Kalau awek aku tahu, aku duk layan minat Shila Hamzah ni, mau merajuk gak dia sehari dua. Nak – nak Shila Hamzah sekarang dah bertudung, pergh kalau bawak jumpa parents aku, hari ni tunang, esok pagi terus akad nikah. Tapi itu semua hanya mimpi, jauh angan dari pagi.


Aku sekarang musim assignment, aiseh … tangan duduk menaip
Murid di tahap dua telah melalui proses perkembangan dan pertumbesaran secara berperingkat. Mereka mula menguasai kemahiran kawalan psikomotor kecil seperti penggunaan tangan dalam manipulasi alatan dan bahan dalam berkarya. Selain itu perkembangan kognitif yang meningkat membantu mereka dalam membuat pengamatan, membuat analisis, banding beza serta dapat menguasai konsep keindahan estetika menggunakan laras bahasa seni.
Walaubagaimanapun, pengalaman mengajar mata pelajaran pendidikan seni selama 3 bulan di dua buah sekolah yang berbeza menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang ketara di antara perkembangan kemahiran dan kognitif di antara murid tahap satu dan murid tahap dua. Penilaian dilakukan dari segi formatif dan hasil menunjukkan bahawa majoriti responden menunjukkan kurang penguasaan dari segi kemahiran tangan, daya kreativiti dan pengetahuan mengenai laras bahasa seni.
Kajian dan penilaian dari soal jawab bersama responden ( 25 orang murid tahap dua) , Guru yang mengajar mereka mata pelajaran pendidikan seni sebelum ini tidak menitik beratkan mata pelajaran ini sewajarnya. Kebanyakkan masa pendidikan seni dibiarkan kosong tanpa pengisian ilmu ataupun diisi dengan mata pelajaran lain. Hal ini sangat merugikan kerana mata pelajaran pendidikan seni merupakan salah satu subjek yang menekankan daya kreativiti murid, penguasaan kemahiran dan pengamatan mereka akan sesuatu benda dan perkara.
Hasil dari amalan pengajaran pendidikan Seni Visual yang tidak professional akhirnya menghasilkan murid yang kurang berkebolehan dalam menghasilkan idea kreatif, kurang keyakinan dalam menguasai sesuatu kemahiran dan lebih jelas lagi, mereka tidak mempunyai kesungguhan dalam melakukan sesuatu”.
Sampai je part situ, aku  tarik nafas dan tengok balik surat yang anak murid aku bagi. Kadang – kadang aku pikir, apalah cikgu dorang mengajar sebelum ni? Tak ikut syllabus ke, dah tersedia Huraian sukatan psv mengikut tahun, kenapa masih nak sia – siakan masa mengajar?

Gua pandang kiri, karya final tuk persembahan baru 5 percent .....

Ok, sleep mode, tak larat menaip, esok pergi maktab, yeah~ 

Thursday, 20 September 2012

Praktikum sudah habis bro….



Tamat sudah sesi lakonan ku sebagai seorang guru selama dua bulan, dan akhirnya rancanganku berjaya. Aku membuatkan penonton – penonton iaitu muridku sendiri menangis bila di saat akhir aku katakan “ ini adalah masa terakhir saya mengajar kamu, dan marilah kita bina waktu akhir ini dengan kenangan yang gembira”.



Di saat itu, dua tiga murid lelaki mengalirkan air mata termasuk juga murid perempuan yang menarik tudung ke atas bagi menutup mata mereka yang kebasahan.  Jika ditanya, “kenapa cikgu tak mengajar lagi di sini?" dengan nada suram Aku menjawab “ sebab cikgu kena balik maktab, ramai dah awek cikgu tunggu kat sana” Dan di saat itu mereka tertawa dan berkata “ cikgu galok eh, hahah”.


Pada mulanya, dorang ingat aku seorang yang garang, kerana wajah aku yang sedikit comel dari pembunuh upahan. Tapi dorang tak tau, perangai aku sebenarnya seorang yang suka main – main, gelak – gelak dan suka ketawa kuat – kuat.  Aku suka bermain dengan emosi mereka, kerana hari mereka penuh gembira dan gelak tawa. Bercampur dengan kanak – kanak, kadang – kadang adakalanya kita rasa sedikit terganggu sebab mereka kurang matang, suka buat bising dan hanya ketakutan melalui kegarangan seorang guru yang betul – betul bengis yang dapat mendiamkan mereka.



Tak nak cerita panjang – panjang….nanti mata aku plak berair….Last day tu, aku tak mengajar mengikut lesson plan…aku jumpa dorang, 5 kelas semuanya darjah 3, darjah 4 dan darjah 5. Yup mereka memang nakal, sedikit bising ( bising gila) tapi mereka penyayang. Kasih sayang murid kepada guru sebenarnya ibarat anak kepada mak bapak mereka. Mereka tahu kenapa kadang – kadang aku garang, kenapa kadang – kadang, aku cubit perut mereka (cubit manja, ahaks~) tarik pipi dan sebagainya ( pipi budak – budak sedap tarik dowh, comel gila). Last – last, dorang menangis bila aku katakan, aku tak kan mengajar mereka lagi, cikgu lama yang akan mengambil semula tempat yang aku pegang selama dua bulan ni.


Hadiah dan surat, penuh dalam beg, tak kurang juga kata – kata rayuan agar aku kembali mengajar mereka. Mungkin bagi mereka, aku seorang guru yang boleh dikelaskan sebagai abang ( jarak umur kami hanya 10 tahun), sebagai seorang bapa (ramai murid tulis, cikgu baik sangat, macam ayah saya) dan sebagai kawan ( lepas salam tangan, aku suka buat high five dengan murid).


Dulu aku selalu rasa, tak best jadi cikgu sekolah rendah, kerja tak popular, tapi ini adalah nikmat yang aku rasa profession lain susah untuk nak jumpa….


Kasih sayang dan penghargaan. Kami guru tidak perlukan pujian dan penghargaan dari pihak atasan, selagi murid masih lagi menyambut tangan kami untuk disalam dan dicium. Masih lagi mendahlui salam kepada guru bila berjumpa dan menguntum senyuman bila wajah kami di hadapan mereka. Itu sudah lebih cukup dari nikmat dunia, dan aku pasti saham akhirat aku sudah mula terkumpul sikit demi sedikit. Insya Allah

Thursday, 9 August 2012

Seronok tak jadi cikgu?



Praktikum sudah masuk minggu ketiga.  Alhamdulilah, anak – anak murid aku agak sweet dan tak kurang gak perangai yang sweet – sweet sour. Pahit macam Nescafe pun ada. Tapi dah namanya murid, budak – budak di bawah umur mestilah banyak karenah kan?

Menjadi guru bukan sesuatu yang mudah. Aku bercakap ni bukan kerana aku rasa aku cikgu dan aku patut cakap kerja aku banyak. Jangan salah paham penulisan aku. Semua proffesion baik tukang buat rumah,nurse, doktor, engginer dan manager kilang sekalipun ada beban masing – masing. Begitulah juga tanggungjawab yang aku pikul sekarang ni.


Malam aku kena prepare lesson plan, dan alat bantu mengajar. Paling – paling malas pun aku make sure, dalam kelas aku pembelajaran menggunakan ICT. Kenapa aku guna LCD dan Laptop ketika mengajar? Bukan kerana aku rasa aku hebat, tapi sebab nak cover yang aku ni sebenarnya pengguna papan hitam dan white board yang tak de tauliah (=_=)

Maksudnya tulisan aku cakar ayam, mana boleh aku tunjukkkan kelemahan aku depan murid – murid terutamanya murid darjah 2,3,4,5. Nanti dorang tanya “bakpe tulisang cikgu hodoh sepang”? atau dalam bahasa standard, kenapa tulisan cikgu buruk gila? Nanti dorang cop aku ni sama – sama level dengan diorang. Oh itu tidak patut sama sekali, mintak simpang.



To be a teacher. Kau kena banyak bersabar dan terus bersabar. Dan jika kau tidak sabar, alamatnya cukup tempoh 15 tahun, kau dah boleh mendaftarkan diri siap – siap ke pusat kaunseling ataupun wad sakit jiwa. Kerana apa? Kerana kau perlu berurusan dengan sekumpulan manusia yang berumur di kalangan 7 hingga 12 tahun (sekolah rendah).

murid darjah 3 kelas aku. hensem - hensem kan

Walaupun kanak – kanak ini agak comel dari luaran, tapi mereka adalah raksaksa dari dalam. HAHAH, agak hiperbola kan? Tapi itulah realiti, tak percaya, pergi tanya kawan – kawan yang jadi cikgu tu. Mau tak stress, kalau dapat murid yang banyak menceceh – ceceh, mau gak ditampar mulutnya, tapi berbekalkan iman yang tak seberapa, aku harungi juga dengan senyuman mencuka.

Mana –mana bidang pun, pastinya masalah di tempat kerja seperti masalah dengan rakan sejawat  tu pasti ada. Nak – nak kalau kau orang baru ataupun kau cuma guru praktikum. Kalau tak senyum bila bertentang mata, mau kecoh satu sekolah kononnnya kau tak mesra alam ataupun kera sumbang. Itu tak pe lagi, belum keluar lagi istilah senioriti, aiseh baiklah kak,' menjunjung senioriti pemangkin apresiasi sekolah'.


Sebenarnya banyak stress kalau difikirkan, tapi buat cool dan teruskan kerja anda seperti biasa. Kita mengajar macam semut hitam di atas tar jalan dalam malam yang gelap. Biarpun tak nampak tapi Allah yang menilai keikhlasan kita.  Siapa yang berani announce kat facebook, “SAYA IKHLAS MENDIDIK ANAK BANGSA KERANA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA” . Mesti tak sampai 5 saat orang komen “ yer dok’?



Menjadi seorang guru,  ada banyak cara untuk memotivasikan diri kita. Macam aku, aku suka baca buku – buku motivasi khas untuk guru. Sekurang – kurangnya sebelum aku nak masuk kelas mengajar tu, aku dah ada “feel” tuk mengajar. 

Ataupun layan video – video poem Taylor Mali, sangat – sangat berkesan untuk menaikkan semangat aku untuk masuk ke kelas dan menerapkan nilai – nilai kemanusiaan yang dikehendaki oleh masyarakat dan agama dalam diri manusia yang bergelar kanak – kanak.



Menjadi guru memerlukan kau menjadi seorang manusia yang menarik. Dari segi attitude, penampilan, gaya bercakap dan sebagainya. Kau berhias bukan tuk sesiapa, tapi tuk murid – murid kau. Kita cikgu, kena jadi contoh. Biarlah kita kat maktab, muka berminyak, rambut berserabut, baju sama dipakai kadang – kadang sampai seminggu   (itu aku) . Tapi bila masuk je sekolah, baju kena style, rambut kena kemas, kulit kena bersih. Even kau tak hensem pun, cuba hensemkan diri kau,untung – untung ada murid jumpa kau dan tanya ‘cikgu dah kahwin belum? Kite ade akok.

Tapi jarang – jarang berlaku kat aku sebab biasanya budak – budak akan tanya aku ‘bakpe cikgu dok kahwin lagi? Mok kite janda, cikgu nok dok jadi ayah kite?” soalan yang biasanya diacukan kepada aku tanpa rasa bersalah di wajah mereka. Rasa nak je ku cubit – cubit pipi mereka yang gebu - gebu tu, tapi aku tahan dan aku jawap “cikgu muda lagi, baru 22,” dan time tu la mereka buat muka tak percaya “yer dok cikgu? kite tengok muka cikgu cam 32 je”

Stress kan……tapi tak pe, kanak - kanak memang jujur, dan kadang – kadang kejujuran mereka membunuh jiwa raga aku. Kanak – kanak adalah golongan yang masih dikira masih suci, jadi aku tak salahkan mereka, tapi aku salahkan parents mereka, awat la hangpa tak ajar anak hang, bahawa mengatakan wajah orang lain tua adalah tidak sopan dan salah dari segi undang – undang sosial.

meet my children. comel? tau x pe

Apa – apa pun, hidup mesti diteruskan, kelas tamat, murid mengucapkan terima kasih dan mereka akan berebut untuk bersalam dengan tangan aku. Itu la nikmat yang aku kira paling sweet dalam hidup aku. Biarlah  aku tak pegang tangan awek sekalipun, sebab bersalaman dengan murid membuktikan bahawa kau dihormati dan disayangi sebagai seorang guru. 

Wednesday, 1 August 2012

saya seorang cikgu...bakal guru..skema gila



praktikum dah start, i am so glad i can manage my time efficiently.  Aku  kena kendalikan murid darjah tiga dan darjah empat. Murid kali ni agak berbeza sikit dengan murid di Sekolah Kedai Buloh. Mungkin kerana faktor sikap parents terhadap kepentingan pendidikan anak - anak itu berbeza mengikut latar belakang ekonomi dan logistic.


Based on my view, murid di sekolah bandar rata - ratanya, parents mereka mempunyai tahap pekerjaan yang proffesional. Maksud aku, kalau di Malaysia ni, paling - paling biasa pun, anak cikgu dan antara paling gempak macam mak dia kerja sebagai pengarah bahagian  lembaga hasil dalam negeri (LHDN) kat hq kuantan tu.  Tu tak kira lagi anak - anak usahawan yang mostly kalau turunkan anak depan pintu pagar, mesti kereta import. Paling- paling kurang pun Toyota Vios 2.0


based on schedule, hari ahad dan hari khamis, aku free, so aku peruntukkan dua hari yang kosong tu dengan menulis rph. Sem lepas aku type pakai Microsoft word pastu tepek kat buku RPH.  Tapi sem ni tak boleh dah sebab lecture aku nak tulis tangan. Jenuh aku nak garis dan buat column. Dah la tulisan aku sedikit punya cantik dari budak darjah dua. Nasib lah nak baca cam mana.
semua guru pelatih suka RPH? lol
 Hari Ahad, hari pertama pada permulaan minggu kerja / sekolah di Negeri Terengganu. Guru Besar bagi notis yang pada hari tersebut, ada perhimpunan mingguan. So cikgu lelaki wajib pakai kot . Payah betul sekolah bandar ni, semua nak up to date. Nasib baik kot dan vest bapak aku ada lagi. keh2. pakai jela mana yang ada.

semua gambar, aku amik pakai camera di atas ni. agak smooth dan cantik. Senang untuk digunakan bagi individu yang tangannya suka bergetar time amik gambar macam aku. 


Rasanya kalau aku tak masuk dalam bidang perguruan ni, aku tak kan tau yang rupa - rupanya aku ni suka budak - budak. Even dorang selalu ada karenah masing - masing. Aku selalu rasa dorang ni comel. Gambar di atas adalah murid tahun 3. Sangat aktif tapi sangat memberi kerjasama terutamanya murid lelaki. Sampai sekarang aku tak tau kenapa aku tak boleh nak control murid perempuan. Gedik~


yang ni murid tahun 5. Untuk murid baya - baya ni, murid perempuan terutamanya yang mengalami perubahan dari segi fizikal dan emosi. Waktu aku mengajar, aku tengok murid - murid lelaki cam budak - budak darjah 3 manakala murid perempuan dah macam budak sekolah menengah. Da pandai main kenyit - kenyit mata kat cikgu. Dan jika kau seorang guru lelaki, sila berwaspada kerana pada peringkat umur ni, murid perempuan dah naik miangnya.


antara surat cinta yang dirampas oleh kawan aku time dia mengajar. Tak silap aku, dulu time sekolah rendah, tak de lagi istilah couple dalam hidup aku. Aku belajar couple pun time tingakatan 4.  Budak - budak sekarang? dah advance dah, ni lagi la plak Kementerian pelajaran benarkan budak - budak sekolah bawak handphone ke sekolah. berat2....

Friday, 27 July 2012

simple yet cool

look at he table. U wonder what it made up




kayu palet kat pasar rupanya. 
 simple, kalau korang rajin, korang leh pergi kat psar, banyak pallet2 cam ni