Sunday 10 November 2013

setia.......

ku tau... di sinilah tempat kau mencari aku kembali... setelah kau sedar.. kasih sayang ku pada mu tidak terperi. Kerana turutkan sayang, ku lepaskan kau pergi.

kau terlalu ghairah mengejar pandangan dosa masa silam, sedangkan aku sudah lupakan kerana ingin membina masa depan bahagia bersamamu, tapi apakan daya, firasat kita berbeza.

kerana kasih, aku mengikut rentak mu, kerana sayang, aku rela rasa terbuang...

terima kasih kerana sudi menjenguk kembali, saat - saat kau mengkagumi aku, saat kau inginkan aku berasa di sisi mu dan saat kau tidak rela melepaskan aku pergi.

aku tidak membenci mu, kerana perasaan ini hanyalah kasih terhadap diri mu, tiada yang lain.

janganlah risau, hati dan perasaan ini hanya untuk mu.

semoga kesetiaan ini menjadi hadiah penganti diri pada hari jadi mu


Friday 21 June 2013

belajar untuk menternak, noob version

dua tiga hari ni, ramai yang bertemu ramah, pasal lembu dengan aku. Mungkin kerana kegilaan aku upload gambar lembu kat facebook. Aku terima positif je la keramahan diorang, kalau nak belajar, boleh kongsi ilmu, kalo nak perleceh, pi main jauh - jauh.

Ok, balik pada tajuk di atas, antara cabaran utama penternak adalah sumber makanan. Penternakan ni adalah bidang di mana ko kena cakna pasal kebajikan keuntungan ko. Maksudnya, ternakan ni kena cukup makan kalau nak pastikan kadar pembiakan, pertumbuhan berat badan berada di tahap yang optimum

Sebelum ko nak menternak lembu dalam kadar yang banyak, 10 ekor ke atas dan sebagainya, ko kena ukur dulu kemampuan kau dalam menyediakan kebajikan haiwan ternakan ni. Sebagai contoh, penternakan dalam ladang sawit, atau feedlot?  Ramai tanya dengan aku , feedlot tu apa,  Fidlot ialah mentemak lembu pedaging secara sendasa berkurung dengan memberi makanan yang bermutu serta air secukupnya untuk membesar dan menggemukkan lembu dalam masa yang singkat. Senang cerita, lembu duduk dalam kadang 24 jam sehari semalam, tuan punya lembu bagi makan siang dan malam. cukup masa 120 hari, biasanya lembu akan gemuk dan boleh dijual dengan harga yang agak mahal. 



sekarang jom cerita ternakan lembu di bawah ladang, biasanya ternakan lembu di bawah ladang ni lebih menjimatkan kos, dan kurang sikit penatnya. Biasanya aku akan bagi makan untuk pagi dan malam, penat la nak tulis panjang - panjang, aku upload gambar, dan relate satu - satu.


biasanya ternakan di bawah ladang sawit ni untuk usahawan yang ada kawasan yang luas untuk pusingan meragut rumput. Tapi harus diingat , kadar seekor lembu sebaiknya adalah 3 ekar supaya rumput boleh tumbuh tunas baru. Antara salah satu masalah bagi penternak adalah bila rumput dah tak de sebab kawasan yang terhad untuk kawanan lembu yang banyak, seperti contoh di atas, rumput dah jadi padang golf. Bila tiga hari tak cukup makan, mulalah sekor- sekor kurus.




ada banyak cara untuk mengatasi masalah tersebut, antaranya mencari makanan tambahan lain untuk menampung kos makanan ternakan ni. Biasanya aku bagi tapisan hampas sawit, benda ni boleh diperolehi  di kilang sawit yang berdekatan, Murah, 1 tan rm 15, bawah adalah gambar proses pemungahan makanan.










selain itu banyak lagi makanan sampingan, contohnya sampah padi dan nenas









ok, tu la dlu, lain hari cerita lagi

bebel sorang2.

Selesai sudah kehidupan aku menjadi penternak selama 3 minggu di kampong. Sudi atau tidak,  aku perlu berangkat semula ke Terengganu bagi menghabiskan sisa –sisa pengajian yang masih dihutang 1 semester lagi. Benda ni tugas, kena pulun gak sampai habis tahun ni. Kalau tak, tak graduate lar ambe ni.

Life agak boring, seriously sangat boring sebenarnya. Jangan la anggap aku orang yang negative, tiada pegangan hidup dan sebagainya. Aku cuma anggap aku berada di tempat yang salah dengan masa yang tak berapa tepat.

Dulu aku rasa macam seronok je jadi blogger ni, lar ni aku boleh timbul plak rasa, banyak gila masa ko untuk tulis blog? Ko tak de life ke? Dan akhirnya benda ni tepat pada diri aku, lihatlah diri aku ni tuan dan puan sekalian, aku menulis di dalam bilik gelap kerana sudah jemu dengan karenah laman maya, games online dan sebagainya.

Melihat 1 golongan yang tidak habis – habis upload gambar kahwin, walaupun tempoh perkahwinan mereka sebenarnya dah cecah berbulan – bulan lamanya mungkin bertahun. Adakah aku cemburu? Tidak sama sekali, pastinya yang kaki upload ni kaum hawa, mereka golongan yang perlukan perhatian dan tunjukkan pada dunia ‘ yeah aku bahagia, lihatlah pelukan suami di pinggang, ciuman manis di dahi, ketahuilah semua kaum adam sekalian, aku isteri orang, tapi kamu masih boleh melihat aku berpeluk dengan lelaki lain iaitu suami aku sendiri, lihatlah! Lihatlah!

Pedulikan itu semua, metefora khalayan semata – mata.  Aku tengah risau situasi keluarga aku kat Muar tu, dengar cerita Jerebu dah di tahap serius.  Benda yang paling buat aku risau, ternakan aku lar kan. Gila tak risau? Dibuatnya kena wabak ke apa, mau tergolek lembu – lembu kat ladang tu. Apa – apa pun yang berlaku, aku kena redha la kan, harap tiada ujian yang berat dalam tahun ni.


Itu je bebelan gua awal sem ni, sapa suh baca, wakakaka

Saturday 13 April 2013

cikgu lelaki mengajar bola jaring


Alhamdulilah, praktikum selama tiga bulan telah menemui hujungnya. Meskipun hati rasa sayu mengenangkan saki baki masa yang tinggal, namun aku gagahkan juga hati ini untuk menerusi hari – hari yang pasti memberi aku seribu satu pengalaman.

Pengalaman manis, pahit, masam dan masin, setiap rasa sebati menjadi juadah lazat dalam proses belajar menjadi guru. Argh, nape ayat aku skema sangat ni. Ini bukan blog  awek rindu rinduan.

Well, macam biasa, tiba – tiba terbit rasa riak dalam penulisan ni.  Macam mana aku nak mula ek?

Ok, aku guru bola jaring lelaki~ wakakaka. I don’t know how to start it, tapi tolonglah terima hakikat ini, saya seorang guru bola jaring .

Wah, agak rare di situ kerana guru bola jaring biasanya cikgu perempuan dan mungkin dah wujud satu pandangan sterotype  coach bola jaring = cikgu perempuan.

Sebenarnya niat di hati, nak cari team sulong untuk bola baling.  Lepas tu aku rasa agak sibuk dan susah nak cari protégé dan akhirnya aku decide untuk tubuhkan pasukan bola baling perempuan dan pemain – pemain tu semua aku nak import dari budak – budak bola jaring. Selepas itu, guru praktikal lelaki ni pun berjumpalah dengan coach bola jaring perempuan. We made an agreement, aku boleh import pemain – pemain ini semua dengan syarat, aku turun sekali jadi pembantu coach untuk bola jaring.

Maka bermulalah detik – detik yang mungkin mengubah pengalaman aku dari guru seni kepada coach bola jaring. Mungkin korang tak percaya, aku turun coaching without any basic knowledge of netball. Ini kerja gila, sebab tak kan aku nak pergi mengajar tapi takde ilmu langsung pasal game ni.

Sebelum aku bermula, adalah lebih baik rasanya aku memperkenalkan kepada korang, anak – anak dara aku, even aku baru 23, tapi aku rasa aku dah boleh jadi penjaga kepada anak perempuan yang berumur 12 tahun.


Start dari kanan yang senang berdiri, Aimi, Sj, Anis, Sarah, Aina, Nana, Izzah, Jasmine, Ain Darjah 5,
Start dari kanan yang sedang duduk, Aifah, Ain Darjah 6, Nadia, Puteri Dan Najiha.


Dua bulan setengah kami berdiri, berlatih dan berlari di bawah panas dan hujan. Walaupun dorang ni agak manja sebab faktor ekonomi dari keluarga yang menetap di bandar, tapi dorang tetap dengan semangat teguh untuk berlatih dan bermain dengan baik. Boleh kata setiap hari dorang terpaksa menghadap bebelan cikgu untuk setiap kecuaian dan kesilapan yang kerap kali berulang. Yer la, penat mengajar, cikgu pun manusia biasa, ada tahap kesabaran yang kejap tebal dan kejap tipis.


Aku rasa aku dah boleh pergi mohon sijil kejurulatihan bola jaring sebab lar ni aku da boleh tau posisi pemain, tactical, mistake dan sebagainya. Setiap benda ni amik masa untuk aku belajar. Aku banyak habiskan masa malam aku dengan baca buku panduan bola jaring, peraturan, jenis latihan, peranan posisi dan sebagainya. Untuk tactical, biasanya aku akan rujuk balik jurulatih utama, Puan Kamiza, banyak soal jawab yang aku buat dengan beliau ( aku hormat dia sebagai orang yang memberi ilmu). Untuk lebih advance, aku buat kajian melalui pasal tactical dan cara lebih efektif untuk train budak kat internet, contoh youtube la paling mudah sekali. Type je netball. Semua ada.

Bagi aku, agak susah untuk menghadapi emosi murid perempuan yang berumur 12. Pada peringkat ni, dorang macam terikat dengan emosi kanak – kanak yang hendak beralih ke peringkat remaja. Berbeza dengan murid lelaki, di mana walaupun kedua- dua jantina di peringkat yang sama, kita dapat lihat kepekaan dan kematangan emosi murid perempuan lebih kuat dan sensatif berbanding lelaki. Ini normal. Kadang – kadang bila kita berinteraksi dengan dorang, kita dapat lihat nilai sensativiti murid perempuan terhadap emosi orang lain adalah lebih baik namun kadang kala kawalan emosi yang belum matang membuatkan mereka tenggelam dengan perasaan sendiri.

Sebagai contoh, kena marah dengan cikgu, terus muncung mulut 3 depa. Merajuk pastu duduk pandang lantai dan kadang kala terbit air mata. Kedua, bila kita suh train dengan kawan yang hebat sikit dari diri sendiri, mereka akan cepat down dan cepat putus asa dan menyalahkan orang lain di atas kecuaian yang diri sendiri lakukan. Emosi aku kadang – kadang agak tertekan untuk menguruskan perasaan pemain – pemain perempuan ni, dan bila aku buat soal selidik, boleh dikatakan lebih dari separuh pemain aku adalah anak bongsu.

Itu adalah awal perkenalan aku dengan mereka. Tapi aku percaya, ini adalah proses pembelajaran untuk aku menjadi cikgu. Ada satu part yang buat aku sedar, kenapa kita perlu buat perlawanan friendly antara pemain sekolah kita dengan sekolah lain. First dan second perlawanan membuktikan kepincangan team pasukan sekolah yang kami ( aku dan guru – guru lain) train. Aku mungkin antara orang sedikit terkesan dengan kekalahan tersebut. Entah kenapa petang tu aku membebel semahu mahunya kepada 15 orang pemain sekolah atas kecuaian yang mereka lakukan. Mungkin ini adalah proses pembelajaran yang perlu aku sedar ‘ untuk berjaya dalam apa jua yang kita lakukan, kita perlu merasa detik kegagalan untuk kita sedar tentang usaha yang diperlukan untuk membentuk kejayaan”.

Bermula dari epilog kekalahan yang memalukan sehingga ada guru sekolah lain yang menganggap pemain – pemain yang kami train ini adalah pemain kelas kedua, sekadar ada saiz tapi  dok rok atau dengan kata lain tak bermaya . Kenyataan cikgu tu membuatkan aku hangin tapi aku pendam dalam diri, aku genggam padu tangan dan timbul satu niat baru. Start dari hari tu, aku tukar niat aku, aku bukan train dorang untuk bola baling tapi aku train dorang sebagai pasukan bola jaring. Aku akan pastikan satu hari nanti cikgu – cikgu sekolah lain mengiktiraf anak – anak buah aku sebagai pemain kelas pertama.

Start dari hari tu, aku tak tau kenapa, anak – anak buah aku pun bersemangat berkobar – kobar macam nak tebus balik kekalahan yang mematangkan mereka. Kami mula bergerak serius, tiada lagi mr nice guys sepanjang aku jadi coach. Aku tegas dalam latihan dorang dan setiap pukul 4 petang , tak kira hujan ataupun panas sepanjang dua bulan, kami berlatih, membentuk taktikal baru, membaiki skill dan ketahanan fizikal.

Selepas 2 3 minggu latihan, aku cadangkan dekat Puan Kamiza, kami nak lawan Sk Sultan Sulaiman 2, sekolah biasa- biasa je dan hasilnya tamat 20 minit perlawanan. 35 mata berbalas 1. Aku tersenyum puas kerana mungkin aku ada dendam kat sorang cikgu kat sekolah tu lagi. ( citer lama) tapi aku puas thanks kepada anak – anak buah aku.

Dipendekkan cerita, kami train sehingga pertandingan bola jaring peringkat zon.
Time ni memang aku kena kental, aku kena naikkan semangat anak buah aku, even aku tau ada team lagi power tapi aku kena juga jalankan peranan aku sebagai coach. Each game aku naikkan semangat dorang, walaupun kadang – kadang dorang macam nak nangis setiap kali dorang tengok team lain ada yang lagi tinggi, lagi hebat dan sebagainya tapi aku tak kira tentang team lain. This is my team, memang tugas aku untuk pastikan dorang beri yang terbaik untuk setiap perlawanan.

Dan alhamdulilah, kami menjadi johan kumpulan. Kami menewaskan 5 buah sekolah dan kekal rekod tanpa kalah. Dan setiap mata yang kami berikan, adalah 8 hingga 11 mata ke atas. Aku tersenyum puas. Dari pasukan underdog ataupun pasukan belasahan, kami bangkit jadi pasukan yang ada nama sewaktu pertandingan tersebut. Namun rezeki kami tamat bila bertemu dengan sekolah chendering. Memang aku terpaksa akui yang budak – budak kampong memang lebih lasak berbanding budak – budak bandar. Kemenangan tipis 7 – 5 mereka meruntunkan air mata pemain -pemain aku. Jelas terserlah kesedihan anak – anak buah aku menangis mendayu – dayu di tepi padang.

Aku cuba sebaik mungkin untuk memujuk hati – hati pemain aku meskipun hati aku sendiri sebak melihat kesedihan di wajah mereka. Mereka duduk menutup wajah dan menangis semahu mahunya. Menjadi serba salah kepada aku, sama ada untuk menyuruh mereka berhenti menangis atau teruskan sahaja tangisan tersebut kalau itu mampu menjadi pain killer kepada hati yang sedang kecewa. Kekalahan ini memang memeritkan even kepada aku sendiri, kerana usaha kami tamat di sini. Sepanjang dua bulan, kami berusaha untuk menjadi lebih baik dari masa silam. Dan kini terbukti kami menjadi lebih baik, namun mungkin rezeki untuk juara keseluruhan masih lagi jauh dari tapak tangan.

Aku mengajak mereka semua, 15 orang semuanya duduk bersama di atas padang hijau.  Masih kedengaran sedu sedan tangisan anak gadis – gadis  kecil kerana kecawa akan rezeki yang terlepas. Aku tatap wajah masing – masing. Wajah anak – anak perempuan yang menjadi kebangaan  kepada ibu bapa mereka.Wajah yang sentiasa bermain dalam fikiran aku setiap kali memikirkan telatah masing – masing. Wajah yang akan meningkat dewasa menjadi gadis dan muslimah yang hebat – hebat satu hari nanti. Sedikit tenggelam untuk aku mulakan bicara namun aku gagahkan jua ucapan yang mungkin terakhir kali aku jadi coach dorang.

‘cikgu bangga dengan awak semua, ya kita kalah dalam perlawanan tapi kita menang juga sebenarnya hari ni. Sepanjang 23 tahun cikgu hidup, cikgu baru 23 ea, bukan 30 tau. “ mereka tergelak kecil, alhamdulilah. Terbit juga senyuman di wajah anak buahku.

 Ada benda yang cikgu nak beritahu yang sebenarnya sepanjang cikgu hidup ni, banyak kesilapan yang cikgu lakukan dan kegagalan dalam hidup itu sendiri adalah lumrah dalam hidup kita.  Dari kegagalan, kita belajar untuk lebih berusaha dan kejayaan itu akan menjadi lebih manis bila kita tau peritnya nak berjaya. (Mereka tertunduk memandang bawah).

Cuba ingat balik, macam mana kita dulu – dulu, orang anggap kita pasukan underdog, pasukan lembik sebab awak semua berasal dari bandar. Tapi hari ni kita dah buktikan pada orang lain, Sekolah SS 1 bukan lagi macam dulu, kita bukan lagi pasukan belasahan, kita buktikan dengan usaha dan alhamdulilah awak semua juara pasukan A.  Awak semua ada bakat, semua hebat. Tolong, tolong sangat, jangan berhenti bermain bola jaring. Bila masuk sekolah menengah, main lagi.Sebab saya train awak semua sebab saya tau awak ada potensi untuk jadi lagi hebat. Jangan sedih – sedih, nabi marah kalo kita menangis lebih dari sepatutnya. ( mereka mengesat air mata).

Apa yang saya nak cakap, awak semua dah buat cikgu – cikgu kat sini rasa bangga latih awak semua. Mungkin usaha kita bukan untuk kejayaan hari ini tapi pada masa akan datang. Lepas ni saya nak awak semua salam cikgu – cikgu kita yang latih awak kecuali saya sebab saya lelaki. Mereka tergelak lagi.  Dan lagi satu, saya nak awak salam cikgu – cikgu sekolah chendering, ucapkan terima kasih kerana mematangkan kita dalam perlawanan ini.

Mereka akur bersalaman dengan guru – guru mereka dan  jurulatih sk chendering . Di akhir pertemuan aku dengan cikgu sekolah chendering untuk mengucapkan taniah. Sempat cikgu tu meniupkan kata – kata semangat. “U have done well in training them, kami menang pun sebab nasib dan budak – budak u memang hebat. Aku tersenyum tipis, terbit rasa bangga dalam hati. Aku mengucapkan terima kasih dan turut memuji anak muridnya kerana bermain dengan baik.

Aku pun balik rumah, duduk terlena di  tepi tangga rumah. Mungkin kerana beban dan tanggungjawab sudah terlerai dari bahu. Aku tersenyum mengadap fajar senja kejinggaan. Menikmati setiap detik peristiwa yag mencuit hati di kalangan anak murid membuatkan aku redha akan segala – galanya. Mereka kalah dalam perlawanan tetapi mereka telah memenangi hati guru mereka.

Terima kasih kerana mendewasakan cikgu….team netball sk ss 1