“ kami di sem 8 mungkin tidak dijamin posting “ satu ayat
dari seorang senior yang aku kira boleh mengugat keselesaan guru pelatih masih sedap
kekenyangan. Serius…Sebelum aku angkat kaki untuk balik kampung, aku sempat
jumpa dengan beberapa senior yang kalau diikutkan akan bekerja tahun depan.
Tapi lain pula ceritanya pada tahun ini. Lepasan guru
pelatih tahun 2012 mungkin tidak dijamin penempatan di sekolah ataupun dengan
kata lain ‘ taniah, awak penganggur terhormat’.
Senior tu bagitau aku ‘ aku 5 tahun lepas, lepaskan peluang
tuk belajar engineer, aku masuk maktab dengan keputusan 8 A dalam spm. Tiba –
tiba dah 5 tahun setengah mu belajar jadi cikgu, mu dapat tahu mu tak dijamin
posting, mu tak rase bengang ke? Mu kena lalu temu duga, rekod baik, pointer cantik, baru dapat posting
Siapa tak bengang? Belum sempat dorang nak celebrate saat –
saat terakhir di IPG, datang plak taklimat baru yang mereka akan bersaing dalam
pasaran terbuka. Kadang – kadang aku terpikir, kalau lulusan pendidikan, boleh
juga apply tuk jadi pensyarah di kolej dan sebagainya. Kalau lulusan
perguruan? Sekolah sahaja tempat yang ‘ melakukan ijazah ‘ ni.
aku cuba tengok diri aku. Pointer, latest 3.78, cgpa 3.69... paras - paras hidung. Rekod disiplin? tak de lah comel sgt, tapi alhamdulilah, tak masuk lagi akta 174. Ish bila pikir tak di posting, meremang bulu roma.
Nampaknya aku dah boleh prepare tuk bela ayam kampung secara
besar – besaran dengan harapan bila aku da habis belajar nanti, aku tak jadi
penganggur…..
klik sini untuk lebih kesedaran...khas tuk guru pelatih dan ini
Kepada member - member yang sama batch dan junior - junior, bangun lah dari mimpi...tempat korang dah kena amik, keistimewaan pun dah dikurangkan, tapi masih lagi tak sedar- sedar lagi? Dah tak de lagi istilah lembu masuk maktab pun boleh jadi cikgu. tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi.
pesanan tuk aku dan korang...sama - sama masuk ipg nak jadi cikgu, so sebagai kawan mestilah aku sampaikan realiti yang sebenar pada korang kan
No comments:
Post a Comment