Exam habis 5.10.2012, majlis
kahwin kawan aku , Hamdan pada 10. 10.2012. Jadi 5 hari yang berbaki tu aku isi
dengan kerja part time kat kandang kuda, kadang – kadang aku, mula buka buku
pasal Action research. Tengok – tengok mana yang patut aku siap sedia tuk
praktikum depan.
Life sangat bosan menjelang
tengah hari, aku banyak spend waktu untuk online memandangkan itu salah satu
cara untuk jimat dari hang out dengan kawan – kawan dan spend money tak tentu
arah.
Baru – baru ni aku online dan
terlihat kes rita rudaini kat you tube….Sebelum ni korang akan perasan yang aku
macam diselebungi dengan persekitaran nak kahwin ! nak kahwin! Dan awek aku
antara salah satu mangsa emosi bila aku cam kadang – kadang terasa kurang kasih
sayang bila tak dilayan. Dan alhamdulilah sekarang aku rasa, otak aku dah
sedikit clear dan alhamdulilah, dia paham perangai aku yang kadang – kadang tak
matang langsung.
Back to that kes, aku sebagai
orang luar, tidak berhak untuk menjatuhkan sebarang penilaian yang bersifat
sterotype mahupun perjudis terhadap situasi yang berlaku. Cuma yang aku nampak, dan mungkin boleh aku jadikan pengajaran dari
kisah rumah tangga mereka, perkahwinan itu satu gerbang, bukan satu alam kekal dengan gembira tanpa sebarang
ujian.
Menerusi video tersebut kau akan
perhati bila kahwin, kena ada rasa tanggungjawab dan majority tanggungjawab
dalam keluarga itu terletak pada bahu suami. Kadang – kadang bila aku tengok
video rita rudaini, aku rasa kesian ( kalo betul macam apa yang diceritakan)
camne seorang ibu tu nak kena handle anak- anak, kerjaya, dan gossip – gossip yang
mendatang tanpa seorang suami di sisi. Tapi pada masa yang sama aku macam tak
setuju bila dia buruk – burukkan suami dia kat media. Sebab salah satu tanggungjawab isteri adalah
menjaga maruah suami walaupun suami tu tak sebaik macam kamu nak
Lupakan soal negatif, pengajaran
yang aku nampak kat sini, lelaki kena siap sedia dengan pelbagai aspek sebelum
nak mendirikan rumah tangga terutamanya aspek ekonomi dan rasa tanggungjawab.
Kau tengok bagaimana seorang suami itu begitu mudah diperlekehkan bila dia
dikatakan tidak mampu menyediakan nafkah untuk keluarga. Aku rasa tak semua
wanita Malaysia mampu untuk hidup susah – susah dahulu, senang – senang kemudian
dengan suami bila berkahwin nanti. Majoriti perempuan yang aku jumpa ( bujang)
nak kan seorang lelaki yang mampu menjamin kehidupan mereka dan anak mereka.
Time aku sekolah menengah:
perempuan cari lelaki yang kaki sport, hensem ( glamer la kira)
1. Time aku kat matrik : masih lagi
perempuan mencari lelaki yang sport dan paling penting, pandai
2. Time aku kat maktab: perempuan
cari lelaki yang ada kereta, senang nak outing ke bandar
3. Time aku dah nak keluar maktab :
perempuan cari lelaki yang ada kerja, terjamin masa depan, kalo ada agama, itu
dikira bonus extra vaganza ( walaupun lelaki tu bukan kaki sport, muka tak
hensem tapi sweet)
Ok back to main issue, jelasnya
di sini, kalo sekadar nak jadi boyfriend, bermodalkan ayat manis, kalau ada
kereta bapak sponsor, lebih tinggi peluang untuk jadi boyfriend yang
terbaik untuk gf anda. Tapi untuk
menjadi suami?
Kau tengok apa yang rita complain
pasal suami dia, dan ko akan tahu apa yang wanita kat Malaysia perlukan dari
seorang lelaki dipanggil suami.
Bak kata Ustaz Azhar, suami yang
gentleman, adalah suami yang support semua , makan minum, berak cangkung isteri
dan anak – anaknya. Isteri tak wajib keluar nafkah dan haram bagi suami makan
hasil pendapatan isteri kalo isteri tak halalkannya.
Kadang- kadang bila fikir semula…
mungkin antara salah satu punca kenapa Islam mewajibkan suami menjaga nafkah
isteri dan keluarga adalah tuk pelihara maruah suami itu sendiri sebagai
lelaki. Supaya bila berlaku perkara tidak diingini, isteri tidak punya point
nak burukkan suami dari segi nafkah. Bukti dah ada, jelas masuk you tube lagi.
Dunia akhir zaman.
Kesimpulannya…aku lom sedia lagi
nak kahwin.
No comments:
Post a Comment