Praktikum
sudah masuk minggu ketiga. Alhamdulilah,
anak – anak murid aku agak sweet dan tak kurang gak perangai yang sweet – sweet
sour. Pahit macam Nescafe pun ada. Tapi dah namanya murid, budak – budak di
bawah umur mestilah banyak karenah kan?
Menjadi
guru bukan sesuatu yang mudah. Aku bercakap ni bukan kerana aku rasa aku cikgu
dan aku patut cakap kerja aku banyak. Jangan salah paham penulisan aku. Semua
proffesion baik tukang buat rumah,nurse, doktor, engginer dan manager kilang
sekalipun ada beban masing – masing. Begitulah juga tanggungjawab yang aku
pikul sekarang ni.
Malam
aku kena prepare lesson plan, dan alat bantu mengajar. Paling – paling malas
pun aku make sure, dalam kelas aku pembelajaran menggunakan ICT. Kenapa aku
guna LCD dan Laptop ketika mengajar? Bukan kerana aku rasa aku hebat, tapi
sebab nak cover yang aku ni sebenarnya pengguna papan hitam dan white board
yang tak de tauliah (=_=)
Maksudnya
tulisan aku cakar ayam, mana boleh aku tunjukkkan kelemahan aku depan murid –
murid terutamanya murid darjah 2,3,4,5. Nanti dorang tanya “bakpe tulisang
cikgu hodoh sepang”? atau dalam bahasa standard, kenapa tulisan cikgu buruk
gila? Nanti dorang cop aku ni sama – sama level dengan diorang. Oh itu tidak
patut sama sekali, mintak simpang.
To
be a teacher. Kau kena banyak bersabar dan terus bersabar. Dan jika kau tidak
sabar, alamatnya cukup tempoh 15 tahun, kau dah boleh mendaftarkan diri siap –
siap ke pusat kaunseling ataupun wad sakit jiwa. Kerana apa? Kerana kau perlu
berurusan dengan sekumpulan manusia yang berumur di kalangan 7 hingga 12 tahun
(sekolah rendah).
murid darjah 3 kelas aku. hensem - hensem kan |
Walaupun
kanak – kanak ini agak comel dari luaran, tapi mereka adalah raksaksa dari
dalam. HAHAH, agak hiperbola kan? Tapi itulah realiti, tak percaya, pergi tanya
kawan – kawan yang jadi cikgu tu. Mau tak stress, kalau dapat murid yang banyak
menceceh – ceceh, mau gak ditampar mulutnya, tapi berbekalkan iman yang tak
seberapa, aku harungi juga dengan senyuman mencuka.
Mana
–mana bidang pun, pastinya masalah di tempat kerja seperti masalah dengan rakan
sejawat tu pasti ada. Nak – nak kalau
kau orang baru ataupun kau cuma guru praktikum. Kalau tak senyum bila
bertentang mata, mau kecoh satu sekolah kononnnya kau tak mesra alam ataupun
kera sumbang. Itu tak pe lagi, belum keluar lagi istilah senioriti, aiseh baiklah
kak,' menjunjung senioriti pemangkin
apresiasi sekolah'.
Sebenarnya
banyak stress kalau difikirkan, tapi buat cool dan teruskan kerja anda seperti
biasa. Kita mengajar macam semut hitam di atas tar jalan dalam malam yang
gelap. Biarpun tak nampak tapi Allah yang menilai keikhlasan kita. Siapa yang berani announce kat facebook, “SAYA
IKHLAS MENDIDIK ANAK BANGSA KERANA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA” . Mesti tak sampai
5 saat orang komen “ yer dok’?
Menjadi
seorang guru, ada banyak cara untuk
memotivasikan diri kita. Macam aku, aku suka baca buku – buku motivasi khas
untuk guru. Sekurang – kurangnya sebelum aku nak masuk kelas mengajar tu, aku
dah ada “feel” tuk mengajar.
Ataupun layan video – video poem Taylor Mali,
sangat – sangat berkesan untuk menaikkan semangat aku untuk masuk ke kelas dan
menerapkan nilai – nilai kemanusiaan yang dikehendaki oleh masyarakat dan agama
dalam diri manusia yang bergelar kanak – kanak.
Menjadi
guru memerlukan kau menjadi seorang manusia yang menarik. Dari segi attitude,
penampilan, gaya bercakap dan sebagainya. Kau berhias bukan tuk sesiapa, tapi
tuk murid – murid kau. Kita cikgu, kena jadi contoh. Biarlah kita kat maktab,
muka berminyak, rambut berserabut, baju sama dipakai kadang – kadang sampai
seminggu (itu aku) . Tapi bila masuk je sekolah, baju kena style, rambut
kena kemas, kulit kena bersih. Even kau tak hensem pun, cuba hensemkan diri
kau,untung – untung ada murid jumpa kau dan tanya ‘cikgu dah kahwin belum? Kite
ade akok.
Tapi
jarang – jarang berlaku kat aku sebab biasanya budak – budak akan tanya aku ‘bakpe
cikgu dok kahwin lagi? Mok kite janda, cikgu nok dok jadi ayah kite?” soalan
yang biasanya diacukan kepada aku tanpa rasa bersalah di wajah mereka. Rasa nak
je ku cubit – cubit pipi mereka yang gebu - gebu tu, tapi aku tahan dan aku
jawap “cikgu muda lagi, baru 22,” dan time tu la mereka buat muka tak percaya “yer
dok cikgu? kite tengok muka cikgu cam 32 je”
Stress
kan……tapi tak pe, kanak - kanak memang jujur, dan kadang – kadang kejujuran
mereka membunuh jiwa raga aku. Kanak – kanak adalah golongan yang masih dikira
masih suci, jadi aku tak salahkan mereka, tapi aku salahkan parents mereka,
awat la hangpa tak ajar anak hang, bahawa mengatakan wajah orang lain tua
adalah tidak sopan dan salah dari segi undang – undang sosial.
meet my children. comel? tau x pe |
Apa –
apa pun, hidup mesti diteruskan, kelas tamat, murid mengucapkan terima kasih
dan mereka akan berebut untuk bersalam dengan tangan aku. Itu la nikmat yang
aku kira paling sweet dalam hidup aku. Biarlah
aku tak pegang tangan awek sekalipun, sebab bersalaman dengan murid
membuktikan bahawa kau dihormati dan disayangi sebagai seorang guru.
haha... setuju anip.. kat kampus bukan main ntah ape2 pakaiannye.. (k.asni la) bila kat sekolah.. macam2 nak kene upgred.. nak melawa dan berhias pun bukan tuk sape.. untuk dak2 ni jugak..
ReplyDeleteanip kene usha tuk jadi bapak budak eh ? haha.. terima aje anip... haha..
This comment has been removed by the author.
Deleteyup.... mane tau mak budak tu cantik anept?hihih... kan beruntung tu.. :D
ReplyDeletetak boleh, nanti dorang pggl saya daddy plak kat sekolah nanti. Saya prefer dak penang tu je :)
ReplyDelete