Friday 27 July 2012

simple yet cool

look at he table. U wonder what it made up




kayu palet kat pasar rupanya. 
 simple, kalau korang rajin, korang leh pergi kat psar, banyak pallet2 cam ni


Saturday 21 July 2012

PRAKTIKUM...CHAIYOK2










Berpuasa, lapar dan dahaga mengajar kita menjadi apa?

What the meaning of fasting anyway? adakah sekadar menahan diri dengan lapar dan dahaga? aku selalu cuba mencari makna dan hikmah di sebalik amalan yang aku lakukan. Dan ku temuinya. Selama ni, jika masyarakat lain puasa, aku pun terikut sekali. Dan jika amalan itu sekadar adat, pastinya ianya tidak lebih dari perbuatan sia - sia.


Niat kerana Allah, itu sudah pasti, cuma untuk menjadikanya sesuatu amalan itu lebih bermakna adalah mencari pengajaran di sebalik amalan yang kita lakukan. Berpuasa bermaksud menahan diri daripada melakukan perkara- perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sadiq sehingga terbenam matahari dengan niat kerana Allah Taala.



Semua orang Islam wajib berpuasa sekiranya dia sudah baligh, waras akal dan tidak berhadas besar. Sila betulkan pemahaman aku jika terdapat kesalahan. Kerana perkongsian ilmu yang bemanfaat amat dituntut dalam Islam. 

Berbalik kepada isi utama, apakah mafaat puasa sebenarnya? Selain kita dapat menguruskan badan dengan rutin permakanan yang sihat serta tubuh badan yang cantik, adakah manfaat ini yang kita cari secara total dalam pengisian diri kita? 


Bagi aku,  amalan puasa turut melatih rohani kita, bukan melalui ceramah agama sahaja kita mampu mendekatkan diri kita ke jalan Allah, malah dengan berpuasa sunat di bulan lain dan wajib di bulan ramadhan, kita mampu mencari hikmah kenapa kita dijadikan sebagai manusia dan paling untung jika kita dilahirkan sebagai muslim dan beruntunglah orang yang akhirnya matinya di jalan Allah. 

Berpuasa mengajar aku nikmat bersyukur dengan pemberian rezeki Allah. Aku berpuasa seperti manusia lain, tapi aku risau jika puasa ku sekadar tidak makan dan tidak minum di siang hari. Melalui puasa, manusia akan kenal apa itu erti lapar dan bila manusia itu berlapar, perspektifnya akan berubah baik dari segi mental dan emosi. Kerana itu, Islam selalu melatih umatnya untuk berpegang kepada konsep 'sabar'. Bila kita sabar, pandangan kita akan lebih positif dan sesungguhnya orang - orang yang menahan diri dari keinginannya dan bersabar kerana kebaikan, maka dia akan peroleh keuntungan.



Kadang - kadang, pernah tak sebelum ni kita terpikir tentang dengan orang - orang yang tidak bernasib baik? Tidak mampu makan dan minum sebaiknya, dan mungkin dalam kehidupan hariannya pernah berlapar sehingga 3 hari berturut - turut. Sedangkan kita hanya diuji dari terbit fajar sehingga terbenam matahari dan kita membalas dendam dengan bermewah - mewahan dengan juadah ketika waktu berbuka. Sedangkan kita semua sedia maklum, membazir itu amalan syaitan, walaupun syaitan dah dirantai, tapi masih ramai yang ikut jejak langkahnya.

kita berpuasa kerana Allah Taala dan itu adalah salah satu tuntutan agama. Antara dalil yang meyokong 

 Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ (Surah al-Baqarah : 183)" 



Di bulan Ramadhan ni, tak salah sekiranya kita memberi sedekah. Apa kata tengah - tengah korang membeli juadah tu, kalau nampak mak cik -atau anak - anak kecil meminta sedekah. Korang dah set dalam kepala, kita akan spend dalam Rm 8 untuk berbuka, apa kata kita spend rm 1 untuk mereka. Kalau korang takut kena tipu, at least tukar duit tersebut kepada makanan dan beri kepada mereka yang tak mampu. Biarlah sekiranya kita ditipu sekalipun, Allah lagi tahu niat dan perbuatan kita, kerana pahala bukan diukur dari segi penilaian formatif je. Amalan baik kau tu dikira dari mula kau berniat baik dan kerana Allah Taala.


di bulan Ramadhan ni, kita tukar ayat di atas tu, saya belajar untuk bersedekah dan berlapang dada kerana saya tahu peritnya apabila berlapar. Ini cara aku, mungkin korang cara yang lebih baik. Pernah tak kita fikir, saat kita kekenyangan, ada ramai lagi saudara kita yang kelaparan.........cukup insankah kita?

speechless

Aku manusia biasa, punya ego dan keangkuhan tersendiri, tapi Allah lagi menyayangi hambaNya yang tawaduk dan zuhud. Aku manusia biasa, rasa amarah menguasai hati, tapi sekuat - kuat hambaNya, adalah mereka yang menahan kemarahannya. Aku manusia biasa. cuma manusia biasa, cuba untuk melupakan luka yang dulu dan mulakan hidup baru. Aku melihat manusia membina kebahagiaan atas luka orang lain. Tapi aku tahu, mungkin aku juga pernah melakukan benda yang sama.


Friday 20 July 2012

Bulan Ramadhan

aiseh.......Aku kecewa tahap tergolek - golek ni. Blog sulong aku yang dulu kena block. Aku tak tau sama ada kena hack or kena virus. Maklumlah aku ni buta IT gak, so aku masih lagi menanti bantuan - bantuan dari orang yang pakar. 

Aku try buat sendiri, but hasilnya hampeh. Dan akhirnya aku terpaksa buat blog baru. Sir Anept. Quite humble name dont u think?  Aku amik nama ni sempena panggilan anak - anak murid aku panggil aku kat sekolah dulu. 


Ok, kita assume blog baru, sikap baru because aku tulis blog ni di awal ramadhan, jadi tiada sebarang pengaruh hasutan syaitan ketika menulis. Sahur tadi, my lovely housemate, Hamdan A.k.a Medang buat lauk sarding * sardin dengan nasi putih. (orang ganu boh)



Untuk pengetahuan anak - anak dara di luar sana, Encik Hamdan ini sudah berpunya, sudahlah hensem lagi bergaya, pandai masak pulak tu. Korang cakap je nak lauk apa? Tomyam, Kari roti Jala? Nasi dagang, Nasi minyak, nasi kerabu, mee goreng? semua dia pandai. So no wonder kalau dalam kelas (merangkul lelaki dan perempuan) Hamdan dinobatkan sebagai tukang masak yang berkaliber sekali dalam kelas. Even budak - budak perempuan kelas aku pun tabik spring kat Medang, err I mean Hamdan.


Masuk  tahun ni, dah empat kali aku menyambut ramadhan di Terengganu. Dari mula - mula Ustaz Azhar lom lagi popular cam sekarang. Aku dah layan video - video ceramah dia dekat Masjid - masjid yang dekat ngan kawasan IPG  aku sampailah beliau akhirnya mampu beri ceramah dekat masjid - masjid di luar negeri Terengganu. 



Aku ingat lagi waktu mula - mula sambut ramadhan kat maktab. Aku ber roomate dengan Luqman @ Mang.
Waktu nak sahur tu adalah waktu aku malas nak bangun, dan pastinya Mang merangkap Lelaki Melayu Terakhir atas rasa tanggungjawab cuba mengejut aku sedaya yang mungkin.  Time tu duduk hostel, nak masak apa la sangat? Dengan ilmu masak - memasak yang hanya sampai tingkatan 1. Aku dengan Luqman pakat untuk membuat resepi baru untuk sahur pagi tersebut.


Aku amik bubur lambuk yang disediakan oleh balai Islam ( kira masjid dalam Maktab) dan aku kacau - kacau sehingga dia jadi lembut semula seperti hari semalam. Luqman pula buat seteko air milo panas 3 in 1 tu dan dicampur dengan sedikit gula. 


Aku cakap ngan Luqman, bubur ni dah sejuk la, boleh makan lagi ke?  Luqman pun keluar idea baru, dengan mencampurkan terus air milo panas tu ke dalam bekas bubur lambuk. Maka jadilah resepi bubur lambuk milo tarbur. Aku pun dalam keadaan desperate sangat dah time tu, terpaksa melahap bubur tu. Dan rasanya....agak tak sedap sebab mungkin tak memenuhi cita rasa Melayu dalam diri gua.

Dan dari saat itu, aku nekad, itu adalah yang pertama dan terakhir. Selang keesokan harinya, aku ngan Luqman cirit birit sampai ke magrib. Hampeh Luqman. 

Dan di saat tu juga aku cuba berjinak - jinak dengan bidang masakan. Sekadar satu cara untuk menyelamatkan diri dari membuat perkara bodoh seperti yang berlaku pada ramdahan yang lepas.

Hehehe. rupanya hidup ni penuh dengan perkara yang melucukan bila kita kenang balik, walaupun pada hakikatnya kita merasakan kita dalam keadaan susah pada situasi itu berlaku. Bila kita makin tua dan sedikit dewasa mungkin kerana faktor pengalaman. kita akan melihat peristiwa lalu dengan persepektif yang berbeza.

apa - apa pun, aku ucapkan selamat menyambut bulan ramdhan kepada semua.