Tamat
sudah sesi lakonan ku sebagai seorang guru selama dua bulan, dan akhirnya rancanganku
berjaya. Aku membuatkan penonton – penonton iaitu muridku sendiri menangis bila
di saat akhir aku katakan “ ini adalah masa terakhir saya mengajar kamu, dan
marilah kita bina waktu akhir ini dengan kenangan yang gembira”.
Di
saat itu, dua tiga murid lelaki mengalirkan air mata termasuk juga murid
perempuan yang menarik tudung ke atas bagi menutup mata mereka yang kebasahan. Jika ditanya, “kenapa cikgu tak mengajar lagi
di sini?" dengan nada suram Aku menjawab “ sebab cikgu kena balik maktab, ramai
dah awek cikgu tunggu kat sana” Dan di saat itu mereka tertawa dan berkata “
cikgu galok eh, hahah”.
Pada
mulanya, dorang ingat aku seorang yang garang, kerana wajah aku yang sedikit
comel dari pembunuh upahan. Tapi dorang tak tau, perangai aku sebenarnya
seorang yang suka main – main, gelak – gelak dan suka ketawa kuat – kuat. Aku suka bermain dengan emosi mereka, kerana
hari mereka penuh gembira dan gelak tawa. Bercampur dengan kanak – kanak,
kadang – kadang adakalanya kita rasa sedikit terganggu sebab mereka kurang
matang, suka buat bising dan hanya ketakutan melalui kegarangan seorang guru
yang betul – betul bengis yang dapat mendiamkan mereka.
Tak nak
cerita panjang – panjang….nanti mata aku plak berair….Last day tu, aku tak
mengajar mengikut lesson plan…aku jumpa dorang, 5 kelas semuanya darjah 3,
darjah 4 dan darjah 5. Yup mereka memang nakal, sedikit bising ( bising gila)
tapi mereka penyayang. Kasih sayang murid kepada guru sebenarnya ibarat anak
kepada mak bapak mereka. Mereka tahu kenapa kadang – kadang aku garang,
kenapa kadang – kadang, aku cubit perut mereka (cubit manja, ahaks~) tarik pipi
dan sebagainya ( pipi budak – budak sedap tarik dowh, comel gila). Last – last,
dorang menangis bila aku katakan, aku tak kan mengajar mereka lagi, cikgu lama
yang akan mengambil semula tempat yang aku pegang selama dua bulan ni.
Hadiah
dan surat, penuh dalam beg, tak kurang juga kata – kata rayuan agar aku kembali
mengajar mereka. Mungkin bagi mereka, aku seorang guru yang boleh dikelaskan
sebagai abang ( jarak umur kami hanya 10 tahun), sebagai seorang bapa (ramai
murid tulis, cikgu baik sangat, macam ayah saya) dan sebagai kawan ( lepas
salam tangan, aku suka buat high five dengan murid).
Dulu
aku selalu rasa, tak best jadi cikgu sekolah rendah, kerja tak popular, tapi
ini adalah nikmat yang aku rasa profession lain susah untuk nak jumpa….
Kasih
sayang dan penghargaan. Kami guru tidak perlukan pujian dan penghargaan dari
pihak atasan, selagi murid masih lagi menyambut tangan kami untuk disalam dan
dicium. Masih lagi mendahlui salam kepada guru bila berjumpa dan menguntum
senyuman bila wajah kami di hadapan mereka. Itu sudah lebih cukup dari nikmat
dunia, dan aku pasti saham akhirat aku sudah mula terkumpul sikit demi sedikit.
Insya Allah
cikgu baik sgt mcm ayah saye :)
ReplyDeletekiut gile weh!