Aku duk mengulang playback lagu set fire to the rain by
Shila Hamzah. Aku suka part dia mendayu
dia tarik suara husky . Kalau awek aku tahu, aku duk layan minat
Shila Hamzah ni, mau merajuk gak dia sehari dua. Nak – nak Shila Hamzah
sekarang dah bertudung, pergh kalau bawak jumpa parents aku, hari ni tunang,
esok pagi terus akad nikah. Tapi itu semua hanya mimpi, jauh angan dari pagi.
Aku
sekarang musim assignment, aiseh … tangan duduk menaip
“Murid di tahap dua telah melalui proses perkembangan dan
pertumbesaran secara berperingkat. Mereka mula menguasai kemahiran kawalan
psikomotor kecil seperti penggunaan tangan dalam manipulasi alatan dan bahan
dalam berkarya. Selain itu perkembangan kognitif yang meningkat membantu mereka
dalam membuat pengamatan, membuat analisis, banding beza serta dapat menguasai
konsep keindahan estetika menggunakan laras bahasa seni.
Walaubagaimanapun, pengalaman
mengajar mata pelajaran pendidikan seni selama 3 bulan di dua buah sekolah yang
berbeza menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang ketara di antara perkembangan
kemahiran dan kognitif di antara murid tahap satu dan murid tahap dua.
Penilaian dilakukan dari segi formatif dan hasil menunjukkan bahawa majoriti
responden menunjukkan kurang penguasaan dari segi kemahiran tangan, daya
kreativiti dan pengetahuan mengenai laras bahasa seni.
Kajian dan penilaian dari soal jawab
bersama responden ( 25 orang murid tahap dua) , Guru yang mengajar mereka mata
pelajaran pendidikan seni sebelum ini tidak menitik beratkan mata pelajaran ini
sewajarnya. Kebanyakkan masa pendidikan seni dibiarkan kosong tanpa pengisian
ilmu ataupun diisi dengan mata pelajaran lain. Hal ini sangat merugikan kerana
mata pelajaran pendidikan seni merupakan salah satu subjek yang menekankan daya
kreativiti murid, penguasaan kemahiran dan pengamatan mereka akan sesuatu benda
dan perkara.
Hasil dari amalan pengajaran
pendidikan Seni Visual yang tidak professional akhirnya menghasilkan murid yang
kurang berkebolehan dalam menghasilkan idea kreatif, kurang keyakinan dalam
menguasai sesuatu kemahiran dan lebih jelas lagi, mereka tidak mempunyai kesungguhan
dalam melakukan sesuatu”.
Sampai je part situ, aku tarik nafas dan tengok balik surat yang anak
murid aku bagi. Kadang – kadang aku pikir, apalah cikgu dorang mengajar sebelum
ni? Tak ikut syllabus ke, dah tersedia Huraian sukatan psv mengikut tahun,
kenapa masih nak sia – siakan masa mengajar?
Gua pandang kiri, karya final tuk persembahan baru 5 percent .....
Ok, sleep mode, tak larat menaip, esok pergi maktab, yeah~
good luck..mcm best jer mengajar bile bace post-post ko:)
ReplyDelete