erm....................................................erm......... wordless day aku hari ni. Walaupun dalam kepala sebenarnya banyak benda nak ditulis.
Aku tengok nota, tak de benda nak di baca, mungkin sebab mode aku yang suam - suam suku..
Seriuously dah la baru - baru aku diserang secara emosi oleh seorang perempuan, dan hal itu pun aku dah letak tepi, malas dah nak pikir, cam bapak aku cakap. Kalau perempuan tu Allah bagi hak tuk mencerai, dah tentu ramai menduda. Sebab tu bapak aku suh aku sabar dan keep calm. Sebab tu ramai ramai lelaki yang suka makan hati dan mati awal. Agak sarcasm point aku di situ.
Tuesday, 30 October 2012
Thursday, 4 October 2012
persepsi aku dalam 4 tahun ni
Dalam
empat tahun, banyak persepsi manusia mula berubah. Aku tengok berdasarkan
pengalaman aku. Sebagai contoh. Jalan yang
aku sedang tempuh sekarang ni. Sebagai guru pelatih IPG.
Tahun 2008
Aku masih ingat lagi ada reunion dengan member
– member sekolah. Time tu boleh kata hampir semua kawan – kawan rasa bangga sebab dapat masuk
University dengan course yang aku kira agak gempak contoh, engineering, architecture,
bio tech dan macam – macam course yang aku kira macam best bila nama course
disebut berserta dengan nama university.
Dipendekkan
cerita, aku terpaksa keluar dari matrik sebab menurut perintah abah untuk masuk
maktab. Dan rasanya semua sedia tahu, maktab = keluar jadi cikgu sekolah rendah.
Tuhan je yang tahu perasaan aku time tu.
Ada seorang
member ni, time dalam sekolah menengah dulu, aku yang ajar dia chemistry, sebab
chemistry aku kira power gak la, ( A1 beb) dan aku sendiri pernah cita – cita nak
amik chemical engineering. Dan dipendekkan cerita, kawan yang aku ajar sekarang
ni dah amik chemical engineering kat UITM Shah Alam. Aku plak boleh terlencong
ke perguruan, pendidikan seni plak tu. Gila terlencong
tahun 2009
boleh
kata, aku dalam keadaan jeles yang amat dengan kawan – kawan aku kat matrik.
Habis je matrik, ada yang pergi sambung farmasi, ada yang amik mescom, accountant,
banking. Kira dorang 1 sem lagi awal masuk degree. Maktab plak makan masa
setahun setengah untuk foundation sahaja. Tu belum lagi tengok member – member yang
dapat tawaran untuk buat degree kat overseas. Gila jeles.
Aku pernah
rasa down, dan time tu plak member aku, Arham yang sekarang jadi bakal doktor cakap “ mak aku sebenarny nak aku jadi cikgu
dowh” . Hehehe. Time tu semangat gua bagai sedikit pulih, dan ku teruskan
perjalanan sebagai seorang guru pelatih
Tahun 2010 – 2011
time
ni kecoh gila pasal budak – budak UPSI yang da mula meroyan, nak kan keadilan
dari segi elaun yang kita org terima, dan PTPTN yang mereka dapat. Aiseh,
sebelum nak debat, boleh tak tengok korang ikat kontrak pinjaman dengan siapa? Kementerian
pengajian tinggi. Kami pulak ikat
kontrak separa perkhidmatan dengan Kementerian Pelajaran. Lain parents beb.
Time
ni budak – budak kat IPT yang amik kos pendidikan, dah mcm sedikit butt hurt bila
ada pihak yang mempertikaikan kualiti mahasiswa pendidikan dari UPSI
terutamanya. Dan lagi parah lagi, bila pengambilan KPLI dalam purata yang aku
kira agak besar dan guru ijazah IPT ni rasa terancam. Tu yang berlaku rasa tak
puas hati, akhirnya mereka menuntut sesuatu yang aku kira bukan bidang mereka.
Kalau tak puas hati dengan isu posting lambat, pinjaman PTPTN, boleh tak jgn
link kan amarah korang pada kami budak IPG yang pernah dirasakan tak de kelas 4
tahun dahulu?
Kalau
korang nak tengok gaya mereka yang tak puas hati ni, korang boleh type kat
google, beza budak IPG dan IPT. Macam – macam respon yang korang akan dapat
tentang perasaan mereka yang still tak puas hati dengan rezeki orang lain
Tahun
2012
Tahun
ni aku pergi buat praktikum. Seriously aku rasa aku jatuh cinta ngan kerja
cikgu sekarang. Time ni aku belajar menjiwai profession yang 4 tahun dulu aku
rasa tak glamour. Tapi sekarang ni, aku berani announce yang aku bangga jadi
cikgu sekolah rendah yang mengajar PSV. Budak – budak seronok belajar dengan
aku dan aku pun seronok mengajar dorang.
Tinggal
setahun lagi, aku akan habiskan pengajian aku. Aku plan nak ikut jejak langkah
ayah aku yang dah tamat Phd tahun ni. Insya Allah.
Kesimpulannya,
persepsi kita akan berubah mengikut masa dan setiap masa itu akan lebih
bermakna bila kita dapat harungi ujian Nya.
Wednesday, 3 October 2012
ladang anak Banjar~ Arif Farm
Seronok jadi penternak ni. Kadang - kadang kalau aku rasa stress kat sekolah, aku suka lepak kat kebun untuk release tension. Tengok lembu - lembu ragut rumput, anak lembu yang baru lahir dan mula jalan slow2.
Aku ingat lagi, aku ngan adik aku, ikut abah buka tanah kat sini, dari 3 ekar, sekarang ada dalam 40 ekar
untuk kawasan penternakan ni.
Dari lembu 1 ekor jantan, 20 ekor betina pada 5 tahun lepas. Sekarang dah 140 ekor dengan beberapa puluh ekor jantan lain yang telah dijual dalam masa 3 tahun ni. Alhamdulilah, rezeki tu Allah bagi pada orang yang berusaha.
Sunday, 23 September 2012
kita semua kan cikgu, kenapa nak menghukum sesama sendiri
Yeah, sudah kembali ke maktab, dan tak ku sangka akhirnya aku
dah pun menjadi senior semester enam.
Kalau ikut heiraki students dalam IPG , semester enam ni boleh kira
lapisan kedua selepas semester lapan. Kira geng – geng otai atapun dalam bahasa
kasarnya, dah macam bapak orang.
Bila dah bergelar super duper senior ni, mulalah terasa diri
ni besar, konon penuh segala ilmu di dada, berjalan pun dah macam level
pensyarah kat IPG. Seronok sebab dalam masa setahun lagi, aku akan graduate dan
diposting bekerja di bawah kementerian pelajaran.
Aku lepak café dengan kawan – kawan kelas. Melihat adik –
adik junior yang masih lagi hijau muda, sedikit sebanyak membuatkan aku
terkenang zaman aku mula – mula menjadi guru pelatih tahun 2008 dahulu. Sekarang sudah masuk akhir 2012. Melihat imbasan
cermin di café, jelas memperlihatkan wajah aku sudah tak sejambu waktu gila –
gila remaja dahulu. Ceh
Aku melihat kelakuan mereka. Aku tersenyum bila mengenangkan
ada beberapa budak batch dan senior aku membuka cerita mengenai mereka. Ada yang
baik, ada juga yang aku kira kurang enak untuk didengar. Dan ada juga pihak yang terus menjatuhkan
konklusi bahawa mereka ini tidak mempunyai gaya seorang guru, mungkin akan
melahirkan murid yang tidak berkualiti dan bla bla bla….persetankan itu semua
Aku kadang – kadang buat tak endah dengan tanggapan orang.
Bagi aku, siapa kita untuk menilai orang baik buruk mereka. Kalau mereka menghukum golongan manusia
sebegitu, tidakkah mereka sedar bahawa mereka juga pernah dinilai oleh golongan
yang lebih berpengalaman dari mereka.
Sesiapa yang lebih tua akan melihat golongan muda ini sebagai satu refleksi
kesilapan dalam hidupnya.
Aku sendiri bukannya seorang individu yang dikira cemerlang
sahsiahnya semasa 4 tahun hidup di IPG. Cukup aku katakan, menjadi guru bukan
pilihan pertamaku empat tahun dahulu. Sekadar memenuhi hasrat abah untuk
melihat aku menjadi guru, aku pikul juga tanggungjawab ini dengan hati yang
berat.
Sepanjang 2 tahun pertama, kehidupan aku sendiri macam
penjara, dan pastinya ada senior – senior yang melihat aku sebagai satu ikon
negatif dalam bidang perguruan. Sehingga kini, masih menjadi satu rahsia, siapa
yang meletakkan tilam maktab sebagai
alas landing bagi pelajar yang panjat pagar.
Dan aku sendiri merupakan orang yang boleh dikira sebagai golongan
pertama yang mula – mula keluar IPG melalui pagar Teltrac, pastu semua junior
dan senior pun dah berani buat.
Bagi aku, semua orang pernah buat silap, bak kata pepatah,
bumi mana yang tak ditimpah hujan, longkang mana yang tak tersumbat, betul tak?
Setiap orang belajar dari kesilapan dan kesilapan tu akhirnya menjadi input
dalam pengalaman kita. Sekarang ni aku sendiri boleh tersenyum, melihat kepada
keputusan praktikum dan reaksi anak murid, konklusinya, seburuk – buruk guru
pelatih, kalau dia ikhlas mengajar dengan usaha dan kesungguhan, dia akan
menjadi guru yang baik akhirnya.
Bagi aku, better jadi guru pelatih yang bersifat gila – gila,
berdikari dan tidak terlalu bergantung pada pandangan orang. Kadang – kadang dalam
arena pendidikan ini, kita kenalah gerak lain sikit dari orang lain, supaya ada
kelainan. Itu je pendapat sepuluh sen gua
Aku sendiri pernah jadi mangsa kritikan para senior, jadi aku
paham bila ada junior yang cakap, kenapa senior tu tak mesra? Even aku dah sem
6 ni pun, ada lagi senior – senior atas tak percaya kebolehan para junior
mereka. Mungkin mereka rasa mereka lebih berpengalaman kerana mereka lebih
dahulu mengikuti kursus. Bagi aku, kalau dulu aku praktikum, junior pun akan
praktikum. Kalau aku buat thesis, junior pun akan menyusul gak untuk
melakukan kerja yang sama.
Sekarang ni, aim aku satu je, bantu junior- junior yang nak
kan bimbingan, bukan hukum dorang tanpa satu asas yang kukuh. Sama – sama keluar
nak jadi cikgu kan? Kalau nak menghukum, baik jadi tukang sapu.
Saturday, 22 September 2012
musim assignment
Aku duk mengulang playback lagu set fire to the rain by
Shila Hamzah. Aku suka part dia mendayu
dia tarik suara husky . Kalau awek aku tahu, aku duk layan minat
Shila Hamzah ni, mau merajuk gak dia sehari dua. Nak – nak Shila Hamzah
sekarang dah bertudung, pergh kalau bawak jumpa parents aku, hari ni tunang,
esok pagi terus akad nikah. Tapi itu semua hanya mimpi, jauh angan dari pagi.
Aku
sekarang musim assignment, aiseh … tangan duduk menaip
“Murid di tahap dua telah melalui proses perkembangan dan
pertumbesaran secara berperingkat. Mereka mula menguasai kemahiran kawalan
psikomotor kecil seperti penggunaan tangan dalam manipulasi alatan dan bahan
dalam berkarya. Selain itu perkembangan kognitif yang meningkat membantu mereka
dalam membuat pengamatan, membuat analisis, banding beza serta dapat menguasai
konsep keindahan estetika menggunakan laras bahasa seni.
Walaubagaimanapun, pengalaman
mengajar mata pelajaran pendidikan seni selama 3 bulan di dua buah sekolah yang
berbeza menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang ketara di antara perkembangan
kemahiran dan kognitif di antara murid tahap satu dan murid tahap dua.
Penilaian dilakukan dari segi formatif dan hasil menunjukkan bahawa majoriti
responden menunjukkan kurang penguasaan dari segi kemahiran tangan, daya
kreativiti dan pengetahuan mengenai laras bahasa seni.
Kajian dan penilaian dari soal jawab
bersama responden ( 25 orang murid tahap dua) , Guru yang mengajar mereka mata
pelajaran pendidikan seni sebelum ini tidak menitik beratkan mata pelajaran ini
sewajarnya. Kebanyakkan masa pendidikan seni dibiarkan kosong tanpa pengisian
ilmu ataupun diisi dengan mata pelajaran lain. Hal ini sangat merugikan kerana
mata pelajaran pendidikan seni merupakan salah satu subjek yang menekankan daya
kreativiti murid, penguasaan kemahiran dan pengamatan mereka akan sesuatu benda
dan perkara.
Hasil dari amalan pengajaran
pendidikan Seni Visual yang tidak professional akhirnya menghasilkan murid yang
kurang berkebolehan dalam menghasilkan idea kreatif, kurang keyakinan dalam
menguasai sesuatu kemahiran dan lebih jelas lagi, mereka tidak mempunyai kesungguhan
dalam melakukan sesuatu”.
Sampai je part situ, aku tarik nafas dan tengok balik surat yang anak
murid aku bagi. Kadang – kadang aku pikir, apalah cikgu dorang mengajar sebelum
ni? Tak ikut syllabus ke, dah tersedia Huraian sukatan psv mengikut tahun,
kenapa masih nak sia – siakan masa mengajar?
Gua pandang kiri, karya final tuk persembahan baru 5 percent .....
Ok, sleep mode, tak larat menaip, esok pergi maktab, yeah~
Thursday, 20 September 2012
Praktikum sudah habis bro….
Tamat
sudah sesi lakonan ku sebagai seorang guru selama dua bulan, dan akhirnya rancanganku
berjaya. Aku membuatkan penonton – penonton iaitu muridku sendiri menangis bila
di saat akhir aku katakan “ ini adalah masa terakhir saya mengajar kamu, dan
marilah kita bina waktu akhir ini dengan kenangan yang gembira”.
Di
saat itu, dua tiga murid lelaki mengalirkan air mata termasuk juga murid
perempuan yang menarik tudung ke atas bagi menutup mata mereka yang kebasahan. Jika ditanya, “kenapa cikgu tak mengajar lagi
di sini?" dengan nada suram Aku menjawab “ sebab cikgu kena balik maktab, ramai
dah awek cikgu tunggu kat sana” Dan di saat itu mereka tertawa dan berkata “
cikgu galok eh, hahah”.
Pada
mulanya, dorang ingat aku seorang yang garang, kerana wajah aku yang sedikit
comel dari pembunuh upahan. Tapi dorang tak tau, perangai aku sebenarnya
seorang yang suka main – main, gelak – gelak dan suka ketawa kuat – kuat. Aku suka bermain dengan emosi mereka, kerana
hari mereka penuh gembira dan gelak tawa. Bercampur dengan kanak – kanak,
kadang – kadang adakalanya kita rasa sedikit terganggu sebab mereka kurang
matang, suka buat bising dan hanya ketakutan melalui kegarangan seorang guru
yang betul – betul bengis yang dapat mendiamkan mereka.
Tak nak
cerita panjang – panjang….nanti mata aku plak berair….Last day tu, aku tak
mengajar mengikut lesson plan…aku jumpa dorang, 5 kelas semuanya darjah 3,
darjah 4 dan darjah 5. Yup mereka memang nakal, sedikit bising ( bising gila)
tapi mereka penyayang. Kasih sayang murid kepada guru sebenarnya ibarat anak
kepada mak bapak mereka. Mereka tahu kenapa kadang – kadang aku garang,
kenapa kadang – kadang, aku cubit perut mereka (cubit manja, ahaks~) tarik pipi
dan sebagainya ( pipi budak – budak sedap tarik dowh, comel gila). Last – last,
dorang menangis bila aku katakan, aku tak kan mengajar mereka lagi, cikgu lama
yang akan mengambil semula tempat yang aku pegang selama dua bulan ni.
Hadiah
dan surat, penuh dalam beg, tak kurang juga kata – kata rayuan agar aku kembali
mengajar mereka. Mungkin bagi mereka, aku seorang guru yang boleh dikelaskan
sebagai abang ( jarak umur kami hanya 10 tahun), sebagai seorang bapa (ramai
murid tulis, cikgu baik sangat, macam ayah saya) dan sebagai kawan ( lepas
salam tangan, aku suka buat high five dengan murid).
Dulu
aku selalu rasa, tak best jadi cikgu sekolah rendah, kerja tak popular, tapi
ini adalah nikmat yang aku rasa profession lain susah untuk nak jumpa….
Kasih
sayang dan penghargaan. Kami guru tidak perlukan pujian dan penghargaan dari
pihak atasan, selagi murid masih lagi menyambut tangan kami untuk disalam dan
dicium. Masih lagi mendahlui salam kepada guru bila berjumpa dan menguntum
senyuman bila wajah kami di hadapan mereka. Itu sudah lebih cukup dari nikmat
dunia, dan aku pasti saham akhirat aku sudah mula terkumpul sikit demi sedikit.
Insya Allah
Thursday, 9 August 2012
Seronok tak jadi cikgu?
Praktikum
sudah masuk minggu ketiga. Alhamdulilah,
anak – anak murid aku agak sweet dan tak kurang gak perangai yang sweet – sweet
sour. Pahit macam Nescafe pun ada. Tapi dah namanya murid, budak – budak di
bawah umur mestilah banyak karenah kan?
Menjadi
guru bukan sesuatu yang mudah. Aku bercakap ni bukan kerana aku rasa aku cikgu
dan aku patut cakap kerja aku banyak. Jangan salah paham penulisan aku. Semua
proffesion baik tukang buat rumah,nurse, doktor, engginer dan manager kilang
sekalipun ada beban masing – masing. Begitulah juga tanggungjawab yang aku
pikul sekarang ni.
Malam
aku kena prepare lesson plan, dan alat bantu mengajar. Paling – paling malas
pun aku make sure, dalam kelas aku pembelajaran menggunakan ICT. Kenapa aku
guna LCD dan Laptop ketika mengajar? Bukan kerana aku rasa aku hebat, tapi
sebab nak cover yang aku ni sebenarnya pengguna papan hitam dan white board
yang tak de tauliah (=_=)
Maksudnya
tulisan aku cakar ayam, mana boleh aku tunjukkkan kelemahan aku depan murid –
murid terutamanya murid darjah 2,3,4,5. Nanti dorang tanya “bakpe tulisang
cikgu hodoh sepang”? atau dalam bahasa standard, kenapa tulisan cikgu buruk
gila? Nanti dorang cop aku ni sama – sama level dengan diorang. Oh itu tidak
patut sama sekali, mintak simpang.
To
be a teacher. Kau kena banyak bersabar dan terus bersabar. Dan jika kau tidak
sabar, alamatnya cukup tempoh 15 tahun, kau dah boleh mendaftarkan diri siap –
siap ke pusat kaunseling ataupun wad sakit jiwa. Kerana apa? Kerana kau perlu
berurusan dengan sekumpulan manusia yang berumur di kalangan 7 hingga 12 tahun
(sekolah rendah).
![]() |
| murid darjah 3 kelas aku. hensem - hensem kan |
Walaupun
kanak – kanak ini agak comel dari luaran, tapi mereka adalah raksaksa dari
dalam. HAHAH, agak hiperbola kan? Tapi itulah realiti, tak percaya, pergi tanya
kawan – kawan yang jadi cikgu tu. Mau tak stress, kalau dapat murid yang banyak
menceceh – ceceh, mau gak ditampar mulutnya, tapi berbekalkan iman yang tak
seberapa, aku harungi juga dengan senyuman mencuka.
Mana
–mana bidang pun, pastinya masalah di tempat kerja seperti masalah dengan rakan
sejawat tu pasti ada. Nak – nak kalau
kau orang baru ataupun kau cuma guru praktikum. Kalau tak senyum bila
bertentang mata, mau kecoh satu sekolah kononnnya kau tak mesra alam ataupun
kera sumbang. Itu tak pe lagi, belum keluar lagi istilah senioriti, aiseh baiklah
kak,' menjunjung senioriti pemangkin
apresiasi sekolah'.
Sebenarnya
banyak stress kalau difikirkan, tapi buat cool dan teruskan kerja anda seperti
biasa. Kita mengajar macam semut hitam di atas tar jalan dalam malam yang
gelap. Biarpun tak nampak tapi Allah yang menilai keikhlasan kita. Siapa yang berani announce kat facebook, “SAYA
IKHLAS MENDIDIK ANAK BANGSA KERANA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA” . Mesti tak sampai
5 saat orang komen “ yer dok’?
Menjadi
seorang guru, ada banyak cara untuk
memotivasikan diri kita. Macam aku, aku suka baca buku – buku motivasi khas
untuk guru. Sekurang – kurangnya sebelum aku nak masuk kelas mengajar tu, aku
dah ada “feel” tuk mengajar.
Ataupun layan video – video poem Taylor Mali,
sangat – sangat berkesan untuk menaikkan semangat aku untuk masuk ke kelas dan
menerapkan nilai – nilai kemanusiaan yang dikehendaki oleh masyarakat dan agama
dalam diri manusia yang bergelar kanak – kanak.
Menjadi
guru memerlukan kau menjadi seorang manusia yang menarik. Dari segi attitude,
penampilan, gaya bercakap dan sebagainya. Kau berhias bukan tuk sesiapa, tapi
tuk murid – murid kau. Kita cikgu, kena jadi contoh. Biarlah kita kat maktab,
muka berminyak, rambut berserabut, baju sama dipakai kadang – kadang sampai
seminggu (itu aku) . Tapi bila masuk je sekolah, baju kena style, rambut
kena kemas, kulit kena bersih. Even kau tak hensem pun, cuba hensemkan diri
kau,untung – untung ada murid jumpa kau dan tanya ‘cikgu dah kahwin belum? Kite
ade akok.
Tapi
jarang – jarang berlaku kat aku sebab biasanya budak – budak akan tanya aku ‘bakpe
cikgu dok kahwin lagi? Mok kite janda, cikgu nok dok jadi ayah kite?” soalan
yang biasanya diacukan kepada aku tanpa rasa bersalah di wajah mereka. Rasa nak
je ku cubit – cubit pipi mereka yang gebu - gebu tu, tapi aku tahan dan aku
jawap “cikgu muda lagi, baru 22,” dan time tu la mereka buat muka tak percaya “yer
dok cikgu? kite tengok muka cikgu cam 32 je”
Stress
kan……tapi tak pe, kanak - kanak memang jujur, dan kadang – kadang kejujuran
mereka membunuh jiwa raga aku. Kanak – kanak adalah golongan yang masih dikira
masih suci, jadi aku tak salahkan mereka, tapi aku salahkan parents mereka,
awat la hangpa tak ajar anak hang, bahawa mengatakan wajah orang lain tua
adalah tidak sopan dan salah dari segi undang – undang sosial.
![]() |
| meet my children. comel? tau x pe |
Apa –
apa pun, hidup mesti diteruskan, kelas tamat, murid mengucapkan terima kasih
dan mereka akan berebut untuk bersalam dengan tangan aku. Itu la nikmat yang
aku kira paling sweet dalam hidup aku. Biarlah
aku tak pegang tangan awek sekalipun, sebab bersalaman dengan murid
membuktikan bahawa kau dihormati dan disayangi sebagai seorang guru.
Subscribe to:
Posts (Atom)


















