aiseh.......Aku kecewa tahap tergolek - golek ni. Blog sulong aku yang dulu kena block. Aku tak tau sama ada kena hack or kena virus. Maklumlah aku ni buta IT gak, so aku masih lagi menanti bantuan - bantuan dari orang yang pakar.
Aku try buat sendiri, but hasilnya hampeh. Dan akhirnya aku terpaksa buat blog baru. Sir Anept. Quite humble name dont u think? Aku amik nama ni sempena panggilan anak - anak murid aku panggil aku kat sekolah dulu.
Ok, kita assume blog baru, sikap baru because aku tulis blog ni di awal ramadhan, jadi tiada sebarang pengaruh hasutan syaitan ketika menulis. Sahur tadi, my lovely housemate, Hamdan A.k.a Medang buat lauk sarding * sardin dengan nasi putih. (orang ganu boh)
Untuk pengetahuan anak - anak dara di luar sana, Encik Hamdan ini sudah berpunya, sudahlah hensem lagi bergaya, pandai masak pulak tu. Korang cakap je nak lauk apa? Tomyam, Kari roti Jala? Nasi dagang, Nasi minyak, nasi kerabu, mee goreng? semua dia pandai. So no wonder kalau dalam kelas (merangkul lelaki dan perempuan) Hamdan dinobatkan sebagai tukang masak yang berkaliber sekali dalam kelas. Even budak - budak perempuan kelas aku pun tabik spring kat Medang, err I mean Hamdan.
Masuk tahun ni, dah empat kali aku menyambut ramadhan di Terengganu. Dari mula - mula Ustaz Azhar lom lagi popular cam sekarang. Aku dah layan video - video ceramah dia dekat Masjid - masjid yang dekat ngan kawasan IPG aku sampailah beliau akhirnya mampu beri ceramah dekat masjid - masjid di luar negeri Terengganu.
Aku ingat lagi waktu mula - mula sambut ramadhan kat maktab. Aku ber roomate dengan Luqman @ Mang.
Waktu nak sahur tu adalah waktu aku malas nak bangun, dan pastinya Mang merangkap Lelaki Melayu Terakhir atas rasa tanggungjawab cuba mengejut aku sedaya yang mungkin. Time tu duduk hostel, nak masak apa la sangat? Dengan ilmu masak - memasak yang hanya sampai tingkatan 1. Aku dengan Luqman pakat untuk membuat resepi baru untuk sahur pagi tersebut.
Aku amik bubur lambuk yang disediakan oleh balai Islam ( kira masjid dalam Maktab) dan aku kacau - kacau sehingga dia jadi lembut semula seperti hari semalam. Luqman pula buat seteko air milo panas 3 in 1 tu dan dicampur dengan sedikit gula.
Aku cakap ngan Luqman, bubur ni dah sejuk la, boleh makan lagi ke? Luqman pun keluar idea baru, dengan mencampurkan terus air milo panas tu ke dalam bekas bubur lambuk. Maka jadilah resepi bubur lambuk milo tarbur. Aku pun dalam keadaan desperate sangat dah time tu, terpaksa melahap bubur tu. Dan rasanya....agak tak sedap sebab mungkin tak memenuhi cita rasa Melayu dalam diri gua.
Dan dari saat itu, aku nekad, itu adalah yang pertama dan terakhir. Selang keesokan harinya, aku ngan Luqman cirit birit sampai ke magrib. Hampeh Luqman.
Dan di saat tu juga aku cuba berjinak - jinak dengan bidang masakan. Sekadar satu cara untuk menyelamatkan diri dari membuat perkara bodoh seperti yang berlaku pada ramdahan yang lepas.
Hehehe. rupanya hidup ni penuh dengan perkara yang melucukan bila kita kenang balik, walaupun pada hakikatnya kita merasakan kita dalam keadaan susah pada situasi itu berlaku. Bila kita makin tua dan sedikit dewasa mungkin kerana faktor pengalaman. kita akan melihat peristiwa lalu dengan persepektif yang berbeza.
apa - apa pun, aku ucapkan selamat menyambut bulan ramdhan kepada semua.
No comments:
Post a Comment