Saturday, 21 July 2012

Berpuasa, lapar dan dahaga mengajar kita menjadi apa?

What the meaning of fasting anyway? adakah sekadar menahan diri dengan lapar dan dahaga? aku selalu cuba mencari makna dan hikmah di sebalik amalan yang aku lakukan. Dan ku temuinya. Selama ni, jika masyarakat lain puasa, aku pun terikut sekali. Dan jika amalan itu sekadar adat, pastinya ianya tidak lebih dari perbuatan sia - sia.


Niat kerana Allah, itu sudah pasti, cuma untuk menjadikanya sesuatu amalan itu lebih bermakna adalah mencari pengajaran di sebalik amalan yang kita lakukan. Berpuasa bermaksud menahan diri daripada melakukan perkara- perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sadiq sehingga terbenam matahari dengan niat kerana Allah Taala.



Semua orang Islam wajib berpuasa sekiranya dia sudah baligh, waras akal dan tidak berhadas besar. Sila betulkan pemahaman aku jika terdapat kesalahan. Kerana perkongsian ilmu yang bemanfaat amat dituntut dalam Islam. 

Berbalik kepada isi utama, apakah mafaat puasa sebenarnya? Selain kita dapat menguruskan badan dengan rutin permakanan yang sihat serta tubuh badan yang cantik, adakah manfaat ini yang kita cari secara total dalam pengisian diri kita? 


Bagi aku,  amalan puasa turut melatih rohani kita, bukan melalui ceramah agama sahaja kita mampu mendekatkan diri kita ke jalan Allah, malah dengan berpuasa sunat di bulan lain dan wajib di bulan ramadhan, kita mampu mencari hikmah kenapa kita dijadikan sebagai manusia dan paling untung jika kita dilahirkan sebagai muslim dan beruntunglah orang yang akhirnya matinya di jalan Allah. 

Berpuasa mengajar aku nikmat bersyukur dengan pemberian rezeki Allah. Aku berpuasa seperti manusia lain, tapi aku risau jika puasa ku sekadar tidak makan dan tidak minum di siang hari. Melalui puasa, manusia akan kenal apa itu erti lapar dan bila manusia itu berlapar, perspektifnya akan berubah baik dari segi mental dan emosi. Kerana itu, Islam selalu melatih umatnya untuk berpegang kepada konsep 'sabar'. Bila kita sabar, pandangan kita akan lebih positif dan sesungguhnya orang - orang yang menahan diri dari keinginannya dan bersabar kerana kebaikan, maka dia akan peroleh keuntungan.



Kadang - kadang, pernah tak sebelum ni kita terpikir tentang dengan orang - orang yang tidak bernasib baik? Tidak mampu makan dan minum sebaiknya, dan mungkin dalam kehidupan hariannya pernah berlapar sehingga 3 hari berturut - turut. Sedangkan kita hanya diuji dari terbit fajar sehingga terbenam matahari dan kita membalas dendam dengan bermewah - mewahan dengan juadah ketika waktu berbuka. Sedangkan kita semua sedia maklum, membazir itu amalan syaitan, walaupun syaitan dah dirantai, tapi masih ramai yang ikut jejak langkahnya.

kita berpuasa kerana Allah Taala dan itu adalah salah satu tuntutan agama. Antara dalil yang meyokong 

 Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ (Surah al-Baqarah : 183)" 



Di bulan Ramadhan ni, tak salah sekiranya kita memberi sedekah. Apa kata tengah - tengah korang membeli juadah tu, kalau nampak mak cik -atau anak - anak kecil meminta sedekah. Korang dah set dalam kepala, kita akan spend dalam Rm 8 untuk berbuka, apa kata kita spend rm 1 untuk mereka. Kalau korang takut kena tipu, at least tukar duit tersebut kepada makanan dan beri kepada mereka yang tak mampu. Biarlah sekiranya kita ditipu sekalipun, Allah lagi tahu niat dan perbuatan kita, kerana pahala bukan diukur dari segi penilaian formatif je. Amalan baik kau tu dikira dari mula kau berniat baik dan kerana Allah Taala.


di bulan Ramadhan ni, kita tukar ayat di atas tu, saya belajar untuk bersedekah dan berlapang dada kerana saya tahu peritnya apabila berlapar. Ini cara aku, mungkin korang cara yang lebih baik. Pernah tak kita fikir, saat kita kekenyangan, ada ramai lagi saudara kita yang kelaparan.........cukup insankah kita?

No comments:

Post a Comment