ku tau... di sinilah tempat kau mencari aku kembali... setelah kau sedar.. kasih sayang ku pada mu tidak terperi. Kerana turutkan sayang, ku lepaskan kau pergi.
kau terlalu ghairah mengejar pandangan dosa masa silam, sedangkan aku sudah lupakan kerana ingin membina masa depan bahagia bersamamu, tapi apakan daya, firasat kita berbeza.
kerana kasih, aku mengikut rentak mu, kerana sayang, aku rela rasa terbuang...
terima kasih kerana sudi menjenguk kembali, saat - saat kau mengkagumi aku, saat kau inginkan aku berasa di sisi mu dan saat kau tidak rela melepaskan aku pergi.
aku tidak membenci mu, kerana perasaan ini hanyalah kasih terhadap diri mu, tiada yang lain.
janganlah risau, hati dan perasaan ini hanya untuk mu.
semoga kesetiaan ini menjadi hadiah penganti diri pada hari jadi mu
Sunday, 10 November 2013
Friday, 21 June 2013
belajar untuk menternak, noob version
dua tiga hari ni, ramai yang bertemu ramah, pasal lembu dengan aku. Mungkin kerana kegilaan aku upload gambar lembu kat facebook. Aku terima positif je la keramahan diorang, kalau nak belajar, boleh kongsi ilmu, kalo nak perleceh, pi main jauh - jauh.
Ok, balik pada tajuk di atas, antara cabaran utama penternak adalah sumber makanan. Penternakan ni adalah bidang di mana ko kena cakna pasal kebajikan keuntungan ko. Maksudnya, ternakan ni kena cukup makan kalau nak pastikan kadar pembiakan, pertumbuhan berat badan berada di tahap yang optimum
Sebelum ko nak menternak lembu dalam kadar yang banyak, 10 ekor ke atas dan sebagainya, ko kena ukur dulu kemampuan kau dalam menyediakan kebajikan haiwan ternakan ni. Sebagai contoh, penternakan dalam ladang sawit, atau feedlot? Ramai tanya dengan aku , feedlot tu apa, Fidlot ialah mentemak lembu pedaging secara sendasa berkurung dengan memberi makanan yang bermutu serta air secukupnya untuk membesar dan menggemukkan lembu dalam masa yang singkat. Senang cerita, lembu duduk dalam kadang 24 jam sehari semalam, tuan punya lembu bagi makan siang dan malam. cukup masa 120 hari, biasanya lembu akan gemuk dan boleh dijual dengan harga yang agak mahal.
ada banyak cara untuk mengatasi masalah tersebut, antaranya mencari makanan tambahan lain untuk menampung kos makanan ternakan ni. Biasanya aku bagi tapisan hampas sawit, benda ni boleh diperolehi di kilang sawit yang berdekatan, Murah, 1 tan rm 15, bawah adalah gambar proses pemungahan makanan.
selain itu banyak lagi makanan sampingan, contohnya sampah padi dan nenas
ok, tu la dlu, lain hari cerita lagi
Ok, balik pada tajuk di atas, antara cabaran utama penternak adalah sumber makanan. Penternakan ni adalah bidang di mana ko kena cakna pasal kebajikan keuntungan ko. Maksudnya, ternakan ni kena cukup makan kalau nak pastikan kadar pembiakan, pertumbuhan berat badan berada di tahap yang optimum
Sebelum ko nak menternak lembu dalam kadar yang banyak, 10 ekor ke atas dan sebagainya, ko kena ukur dulu kemampuan kau dalam menyediakan kebajikan haiwan ternakan ni. Sebagai contoh, penternakan dalam ladang sawit, atau feedlot? Ramai tanya dengan aku , feedlot tu apa, Fidlot ialah mentemak lembu pedaging secara sendasa berkurung dengan memberi makanan yang bermutu serta air secukupnya untuk membesar dan menggemukkan lembu dalam masa yang singkat. Senang cerita, lembu duduk dalam kadang 24 jam sehari semalam, tuan punya lembu bagi makan siang dan malam. cukup masa 120 hari, biasanya lembu akan gemuk dan boleh dijual dengan harga yang agak mahal.
sekarang jom cerita ternakan lembu di bawah ladang, biasanya ternakan lembu di bawah ladang ni lebih menjimatkan kos, dan kurang sikit penatnya. Biasanya aku akan bagi makan untuk pagi dan malam, penat la nak tulis panjang - panjang, aku upload gambar, dan relate satu - satu.
biasanya ternakan di bawah ladang sawit ni untuk usahawan yang ada kawasan yang luas untuk pusingan meragut rumput. Tapi harus diingat , kadar seekor lembu sebaiknya adalah 3 ekar supaya rumput boleh tumbuh tunas baru. Antara salah satu masalah bagi penternak adalah bila rumput dah tak de sebab kawasan yang terhad untuk kawanan lembu yang banyak, seperti contoh di atas, rumput dah jadi padang golf. Bila tiga hari tak cukup makan, mulalah sekor- sekor kurus.
ada banyak cara untuk mengatasi masalah tersebut, antaranya mencari makanan tambahan lain untuk menampung kos makanan ternakan ni. Biasanya aku bagi tapisan hampas sawit, benda ni boleh diperolehi di kilang sawit yang berdekatan, Murah, 1 tan rm 15, bawah adalah gambar proses pemungahan makanan.
selain itu banyak lagi makanan sampingan, contohnya sampah padi dan nenas
ok, tu la dlu, lain hari cerita lagi
bebel sorang2.
Selesai
sudah kehidupan aku menjadi penternak selama 3 minggu di kampong. Sudi atau
tidak, aku perlu berangkat semula ke
Terengganu bagi menghabiskan sisa –sisa pengajian yang masih dihutang 1
semester lagi. Benda ni tugas, kena pulun gak sampai habis tahun ni. Kalau tak,
tak graduate lar ambe ni.
Life
agak boring, seriously sangat boring sebenarnya. Jangan la anggap aku orang
yang negative, tiada pegangan hidup dan sebagainya. Aku cuma anggap aku berada
di tempat yang salah dengan masa yang tak berapa tepat.
Dulu
aku rasa macam seronok je jadi blogger ni, lar ni aku boleh timbul plak rasa,
banyak gila masa ko untuk tulis blog? Ko tak de life ke? Dan akhirnya benda ni
tepat pada diri aku, lihatlah diri aku ni tuan dan puan sekalian, aku menulis
di dalam bilik gelap kerana sudah jemu dengan karenah laman maya, games online
dan sebagainya.
Melihat
1 golongan yang tidak habis – habis upload gambar kahwin, walaupun tempoh
perkahwinan mereka sebenarnya dah cecah berbulan – bulan lamanya mungkin bertahun. Adakah aku
cemburu? Tidak sama sekali, pastinya yang kaki upload ni kaum hawa, mereka
golongan yang perlukan perhatian dan tunjukkan pada dunia ‘ yeah aku bahagia, lihatlah pelukan suami di pinggang, ciuman manis di
dahi, ketahuilah semua kaum adam sekalian, aku isteri orang, tapi kamu masih
boleh melihat aku berpeluk dengan lelaki lain iaitu suami aku sendiri,
lihatlah! Lihatlah!
Pedulikan
itu semua, metefora khalayan semata – mata.
Aku tengah risau situasi keluarga aku kat Muar tu, dengar cerita Jerebu
dah di tahap serius. Benda yang paling
buat aku risau, ternakan aku lar kan. Gila tak risau? Dibuatnya kena wabak ke
apa, mau tergolek lembu – lembu kat ladang tu. Apa – apa pun yang berlaku, aku
kena redha la kan, harap tiada ujian yang berat dalam tahun ni.
Itu je
bebelan gua awal sem ni, sapa suh baca, wakakaka
Saturday, 13 April 2013
cikgu lelaki mengajar bola jaring
Alhamdulilah, praktikum selama
tiga bulan telah menemui hujungnya. Meskipun hati rasa sayu mengenangkan saki
baki masa yang tinggal, namun aku gagahkan juga hati ini untuk menerusi hari –
hari yang pasti memberi aku seribu satu pengalaman.
Pengalaman manis, pahit, masam
dan masin, setiap rasa sebati menjadi juadah lazat dalam proses belajar menjadi
guru. Argh, nape ayat aku skema sangat ni. Ini bukan blog awek rindu rinduan.
Well, macam biasa, tiba – tiba terbit
rasa riak dalam penulisan ni. Macam mana
aku nak mula ek?
Ok, aku guru bola jaring lelaki~
wakakaka. I don’t know how to start it, tapi tolonglah terima hakikat ini, saya
seorang guru bola jaring .
Wah, agak rare di situ kerana
guru bola jaring biasanya cikgu perempuan dan mungkin dah wujud satu pandangan
sterotype coach bola jaring = cikgu
perempuan.
Sebenarnya niat di hati, nak cari
team sulong untuk bola baling. Lepas tu
aku rasa agak sibuk dan susah nak cari protégé dan akhirnya aku decide untuk tubuhkan
pasukan bola baling perempuan dan pemain – pemain tu semua aku nak import dari
budak – budak bola jaring. Selepas itu, guru praktikal lelaki ni pun
berjumpalah dengan coach bola jaring perempuan. We made an agreement, aku boleh
import pemain – pemain ini semua dengan syarat, aku turun sekali jadi pembantu coach
untuk bola jaring.
Maka bermulalah detik – detik yang
mungkin mengubah pengalaman aku dari guru seni kepada coach bola jaring.
Mungkin korang tak percaya, aku turun coaching without any basic knowledge of
netball. Ini kerja gila, sebab tak kan aku nak pergi mengajar tapi takde ilmu
langsung pasal game ni.
Sebelum aku bermula, adalah lebih
baik rasanya aku memperkenalkan kepada korang, anak – anak dara aku, even aku
baru 23, tapi aku rasa aku dah boleh jadi penjaga kepada anak perempuan yang
berumur 12 tahun.
Start dari kanan yang senang
berdiri, Aimi, Sj, Anis, Sarah, Aina, Nana, Izzah, Jasmine, Ain Darjah 5,
Start dari kanan yang sedang
duduk, Aifah, Ain Darjah 6, Nadia, Puteri Dan Najiha.
Dua bulan setengah kami berdiri,
berlatih dan berlari di bawah panas dan hujan. Walaupun dorang ni agak manja
sebab faktor ekonomi dari keluarga yang menetap di bandar, tapi dorang tetap
dengan semangat teguh untuk berlatih dan bermain dengan baik. Boleh kata setiap
hari dorang terpaksa menghadap bebelan cikgu untuk setiap kecuaian dan
kesilapan yang kerap kali berulang. Yer la, penat mengajar, cikgu pun manusia
biasa, ada tahap kesabaran yang kejap tebal dan kejap tipis.
Aku rasa aku dah boleh pergi
mohon sijil kejurulatihan bola jaring sebab lar ni aku da boleh tau posisi
pemain, tactical, mistake dan sebagainya. Setiap benda ni amik masa untuk aku
belajar. Aku banyak habiskan masa malam aku dengan baca buku panduan bola
jaring, peraturan, jenis latihan, peranan posisi dan sebagainya. Untuk
tactical, biasanya aku akan rujuk balik jurulatih utama, Puan Kamiza, banyak
soal jawab yang aku buat dengan beliau ( aku hormat dia sebagai orang yang
memberi ilmu). Untuk lebih advance, aku buat kajian melalui pasal tactical dan
cara lebih efektif untuk train budak kat internet, contoh youtube la paling
mudah sekali. Type je netball. Semua ada.
Bagi aku, agak susah untuk
menghadapi emosi murid perempuan yang berumur 12. Pada peringkat ni, dorang
macam terikat dengan emosi kanak – kanak yang hendak beralih ke peringkat
remaja. Berbeza dengan murid lelaki, di mana walaupun kedua- dua jantina di
peringkat yang sama, kita dapat lihat kepekaan dan kematangan emosi murid
perempuan lebih kuat dan sensatif berbanding lelaki. Ini normal. Kadang –
kadang bila kita berinteraksi dengan dorang, kita dapat lihat nilai sensativiti
murid perempuan terhadap emosi orang lain adalah lebih baik namun kadang kala
kawalan emosi yang belum matang membuatkan mereka tenggelam dengan perasaan
sendiri.
Sebagai contoh, kena marah dengan
cikgu, terus muncung mulut 3 depa. Merajuk pastu duduk pandang lantai dan
kadang kala terbit air mata. Kedua, bila kita suh train dengan kawan yang hebat
sikit dari diri sendiri, mereka akan cepat down dan cepat putus asa dan
menyalahkan orang lain di atas kecuaian yang diri sendiri lakukan. Emosi aku
kadang – kadang agak tertekan untuk menguruskan perasaan pemain – pemain perempuan
ni, dan bila aku buat soal selidik, boleh dikatakan lebih dari separuh pemain
aku adalah anak bongsu.
Itu adalah awal perkenalan aku
dengan mereka. Tapi aku percaya, ini adalah proses pembelajaran untuk aku
menjadi cikgu. Ada satu part yang buat aku sedar, kenapa kita perlu buat
perlawanan friendly antara pemain sekolah kita dengan sekolah lain. First dan
second perlawanan membuktikan kepincangan team pasukan sekolah yang kami ( aku
dan guru – guru lain) train. Aku mungkin antara orang sedikit terkesan dengan
kekalahan tersebut. Entah kenapa petang tu aku membebel semahu mahunya kepada
15 orang pemain sekolah atas kecuaian yang mereka lakukan. Mungkin ini adalah
proses pembelajaran yang perlu aku sedar ‘ untuk berjaya dalam apa jua yang
kita lakukan, kita perlu merasa detik kegagalan untuk kita sedar tentang usaha
yang diperlukan untuk membentuk kejayaan”.
Bermula dari epilog kekalahan
yang memalukan sehingga ada guru sekolah lain yang menganggap pemain – pemain yang
kami train ini adalah pemain kelas kedua, sekadar ada saiz tapi dok rok atau dengan kata lain tak bermaya .
Kenyataan cikgu tu membuatkan aku hangin tapi aku pendam dalam diri, aku
genggam padu tangan dan timbul satu niat baru. Start dari hari tu, aku tukar
niat aku, aku bukan train dorang untuk bola baling tapi aku train dorang
sebagai pasukan bola jaring. Aku akan pastikan satu hari nanti cikgu – cikgu sekolah
lain mengiktiraf anak – anak buah aku sebagai pemain kelas pertama.
Start dari hari tu, aku tak tau
kenapa, anak – anak buah aku pun bersemangat berkobar – kobar macam nak tebus
balik kekalahan yang mematangkan mereka. Kami mula bergerak serius, tiada lagi
mr nice guys sepanjang aku jadi coach. Aku tegas dalam latihan dorang dan
setiap pukul 4 petang , tak kira hujan ataupun panas sepanjang dua bulan, kami
berlatih, membentuk taktikal baru, membaiki skill dan ketahanan fizikal.
Selepas 2 3 minggu latihan, aku
cadangkan dekat Puan Kamiza, kami nak lawan Sk Sultan Sulaiman 2, sekolah
biasa- biasa je dan hasilnya tamat 20 minit perlawanan. 35 mata berbalas 1. Aku
tersenyum puas kerana mungkin aku ada dendam kat sorang cikgu kat sekolah tu
lagi. ( citer lama) tapi aku puas thanks kepada anak – anak buah aku.
Dipendekkan cerita, kami train
sehingga pertandingan bola jaring peringkat zon.
Time ni memang aku kena kental,
aku kena naikkan semangat anak buah aku, even aku tau ada team lagi power tapi
aku kena juga jalankan peranan aku sebagai coach. Each game aku naikkan
semangat dorang, walaupun kadang – kadang dorang macam nak nangis setiap kali
dorang tengok team lain ada yang lagi tinggi, lagi hebat dan sebagainya tapi
aku tak kira tentang team lain. This is my team, memang tugas aku untuk
pastikan dorang beri yang terbaik untuk setiap perlawanan.
Dan alhamdulilah, kami menjadi
johan kumpulan. Kami menewaskan 5 buah sekolah dan kekal rekod tanpa kalah. Dan
setiap mata yang kami berikan, adalah 8 hingga 11 mata ke atas. Aku tersenyum
puas. Dari pasukan underdog ataupun pasukan belasahan, kami bangkit jadi
pasukan yang ada nama sewaktu pertandingan tersebut. Namun rezeki kami tamat
bila bertemu dengan sekolah chendering. Memang aku terpaksa akui yang budak –
budak kampong memang lebih lasak berbanding budak – budak bandar. Kemenangan tipis
7 – 5 mereka meruntunkan air mata pemain -pemain aku. Jelas terserlah kesedihan
anak – anak buah aku menangis mendayu – dayu di tepi padang.
Aku cuba sebaik mungkin untuk
memujuk hati – hati pemain aku meskipun hati aku sendiri sebak melihat
kesedihan di wajah mereka. Mereka duduk menutup wajah dan menangis semahu
mahunya. Menjadi serba salah kepada aku, sama ada untuk menyuruh mereka
berhenti menangis atau teruskan sahaja tangisan tersebut kalau itu mampu
menjadi pain killer kepada hati yang sedang kecewa. Kekalahan ini memang
memeritkan even kepada aku sendiri, kerana usaha kami tamat di sini. Sepanjang
dua bulan, kami berusaha untuk menjadi lebih baik dari masa silam. Dan kini
terbukti kami menjadi lebih baik, namun mungkin rezeki untuk juara keseluruhan
masih lagi jauh dari tapak tangan.
Aku mengajak mereka semua, 15
orang semuanya duduk bersama di atas padang hijau. Masih kedengaran sedu sedan tangisan anak
gadis – gadis kecil kerana kecawa akan
rezeki yang terlepas. Aku tatap wajah masing – masing. Wajah anak – anak perempuan
yang menjadi kebangaan kepada ibu bapa
mereka.Wajah yang sentiasa bermain dalam fikiran aku setiap kali memikirkan
telatah masing – masing. Wajah yang akan meningkat dewasa menjadi gadis dan
muslimah yang hebat – hebat satu hari nanti. Sedikit tenggelam untuk aku
mulakan bicara namun aku gagahkan jua ucapan yang mungkin terakhir kali aku jadi
coach dorang.
‘cikgu bangga dengan awak semua,
ya kita kalah dalam perlawanan tapi kita menang juga sebenarnya hari ni.
Sepanjang 23 tahun cikgu hidup, cikgu baru 23 ea, bukan 30 tau. “ mereka
tergelak kecil, alhamdulilah. Terbit juga senyuman di wajah anak buahku.
Ada benda yang cikgu nak beritahu yang
sebenarnya sepanjang cikgu hidup ni, banyak kesilapan yang cikgu lakukan dan
kegagalan dalam hidup itu sendiri adalah lumrah dalam hidup kita. Dari kegagalan, kita belajar untuk lebih
berusaha dan kejayaan itu akan menjadi lebih manis bila kita tau peritnya nak berjaya.
(Mereka tertunduk memandang bawah).
Cuba ingat balik, macam mana kita
dulu – dulu, orang anggap kita pasukan underdog, pasukan lembik sebab awak
semua berasal dari bandar. Tapi hari ni kita dah buktikan pada orang lain, Sekolah
SS 1 bukan lagi macam dulu, kita bukan lagi pasukan belasahan, kita buktikan
dengan usaha dan alhamdulilah awak semua juara pasukan A. Awak semua ada bakat, semua hebat. Tolong,
tolong sangat, jangan berhenti bermain bola jaring. Bila masuk sekolah
menengah, main lagi.Sebab saya train awak semua sebab saya tau awak ada potensi
untuk jadi lagi hebat. Jangan sedih – sedih, nabi marah kalo kita menangis
lebih dari sepatutnya. ( mereka mengesat air mata).
Apa yang saya nak cakap, awak
semua dah buat cikgu – cikgu kat sini rasa bangga latih awak semua. Mungkin
usaha kita bukan untuk kejayaan hari ini tapi pada masa akan datang. Lepas ni
saya nak awak semua salam cikgu – cikgu kita yang latih awak kecuali saya sebab
saya lelaki. Mereka tergelak lagi. Dan
lagi satu, saya nak awak salam cikgu – cikgu sekolah chendering, ucapkan terima
kasih kerana mematangkan kita dalam perlawanan ini.
Mereka akur bersalaman dengan
guru – guru mereka dan jurulatih sk
chendering . Di akhir pertemuan aku dengan cikgu sekolah chendering untuk
mengucapkan taniah. Sempat cikgu tu meniupkan kata – kata semangat. “U have
done well in training them, kami menang pun sebab nasib dan budak – budak
u memang hebat. Aku tersenyum tipis, terbit rasa bangga dalam hati. Aku
mengucapkan terima kasih dan turut memuji anak muridnya kerana bermain dengan
baik.
Aku pun balik rumah, duduk
terlena di tepi tangga rumah. Mungkin
kerana beban dan tanggungjawab sudah terlerai dari bahu. Aku tersenyum mengadap
fajar senja kejinggaan. Menikmati setiap detik peristiwa yag mencuit hati di
kalangan anak murid membuatkan aku redha akan segala – galanya. Mereka kalah
dalam perlawanan tetapi mereka telah memenangi hati guru mereka.
Terima kasih kerana mendewasakan
cikgu….team netball sk ss 1
Subscribe to:
Posts (Atom)