erm....................................................erm......... wordless day aku hari ni. Walaupun dalam kepala sebenarnya banyak benda nak ditulis.
Aku tengok nota, tak de benda nak di baca, mungkin sebab mode aku yang suam - suam suku..
Seriuously dah la baru - baru aku diserang secara emosi oleh seorang perempuan, dan hal itu pun aku dah letak tepi, malas dah nak pikir, cam bapak aku cakap. Kalau perempuan tu Allah bagi hak tuk mencerai, dah tentu ramai menduda. Sebab tu bapak aku suh aku sabar dan keep calm. Sebab tu ramai ramai lelaki yang suka makan hati dan mati awal. Agak sarcasm point aku di situ.
Tuesday, 30 October 2012
Thursday, 4 October 2012
persepsi aku dalam 4 tahun ni
Dalam
empat tahun, banyak persepsi manusia mula berubah. Aku tengok berdasarkan
pengalaman aku. Sebagai contoh. Jalan yang
aku sedang tempuh sekarang ni. Sebagai guru pelatih IPG.
Tahun 2008
Aku masih ingat lagi ada reunion dengan member
– member sekolah. Time tu boleh kata hampir semua kawan – kawan rasa bangga sebab dapat masuk
University dengan course yang aku kira agak gempak contoh, engineering, architecture,
bio tech dan macam – macam course yang aku kira macam best bila nama course
disebut berserta dengan nama university.
Dipendekkan
cerita, aku terpaksa keluar dari matrik sebab menurut perintah abah untuk masuk
maktab. Dan rasanya semua sedia tahu, maktab = keluar jadi cikgu sekolah rendah.
Tuhan je yang tahu perasaan aku time tu.
Ada seorang
member ni, time dalam sekolah menengah dulu, aku yang ajar dia chemistry, sebab
chemistry aku kira power gak la, ( A1 beb) dan aku sendiri pernah cita – cita nak
amik chemical engineering. Dan dipendekkan cerita, kawan yang aku ajar sekarang
ni dah amik chemical engineering kat UITM Shah Alam. Aku plak boleh terlencong
ke perguruan, pendidikan seni plak tu. Gila terlencong
tahun 2009
boleh
kata, aku dalam keadaan jeles yang amat dengan kawan – kawan aku kat matrik.
Habis je matrik, ada yang pergi sambung farmasi, ada yang amik mescom, accountant,
banking. Kira dorang 1 sem lagi awal masuk degree. Maktab plak makan masa
setahun setengah untuk foundation sahaja. Tu belum lagi tengok member – member yang
dapat tawaran untuk buat degree kat overseas. Gila jeles.
Aku pernah
rasa down, dan time tu plak member aku, Arham yang sekarang jadi bakal doktor cakap “ mak aku sebenarny nak aku jadi cikgu
dowh” . Hehehe. Time tu semangat gua bagai sedikit pulih, dan ku teruskan
perjalanan sebagai seorang guru pelatih
Tahun 2010 – 2011
time
ni kecoh gila pasal budak – budak UPSI yang da mula meroyan, nak kan keadilan
dari segi elaun yang kita org terima, dan PTPTN yang mereka dapat. Aiseh,
sebelum nak debat, boleh tak tengok korang ikat kontrak pinjaman dengan siapa? Kementerian
pengajian tinggi. Kami pulak ikat
kontrak separa perkhidmatan dengan Kementerian Pelajaran. Lain parents beb.
Time
ni budak – budak kat IPT yang amik kos pendidikan, dah mcm sedikit butt hurt bila
ada pihak yang mempertikaikan kualiti mahasiswa pendidikan dari UPSI
terutamanya. Dan lagi parah lagi, bila pengambilan KPLI dalam purata yang aku
kira agak besar dan guru ijazah IPT ni rasa terancam. Tu yang berlaku rasa tak
puas hati, akhirnya mereka menuntut sesuatu yang aku kira bukan bidang mereka.
Kalau tak puas hati dengan isu posting lambat, pinjaman PTPTN, boleh tak jgn
link kan amarah korang pada kami budak IPG yang pernah dirasakan tak de kelas 4
tahun dahulu?
Kalau
korang nak tengok gaya mereka yang tak puas hati ni, korang boleh type kat
google, beza budak IPG dan IPT. Macam – macam respon yang korang akan dapat
tentang perasaan mereka yang still tak puas hati dengan rezeki orang lain
Tahun
2012
Tahun
ni aku pergi buat praktikum. Seriously aku rasa aku jatuh cinta ngan kerja
cikgu sekarang. Time ni aku belajar menjiwai profession yang 4 tahun dulu aku
rasa tak glamour. Tapi sekarang ni, aku berani announce yang aku bangga jadi
cikgu sekolah rendah yang mengajar PSV. Budak – budak seronok belajar dengan
aku dan aku pun seronok mengajar dorang.
Tinggal
setahun lagi, aku akan habiskan pengajian aku. Aku plan nak ikut jejak langkah
ayah aku yang dah tamat Phd tahun ni. Insya Allah.
Kesimpulannya,
persepsi kita akan berubah mengikut masa dan setiap masa itu akan lebih
bermakna bila kita dapat harungi ujian Nya.
Wednesday, 3 October 2012
ladang anak Banjar~ Arif Farm
Seronok jadi penternak ni. Kadang - kadang kalau aku rasa stress kat sekolah, aku suka lepak kat kebun untuk release tension. Tengok lembu - lembu ragut rumput, anak lembu yang baru lahir dan mula jalan slow2.
Aku ingat lagi, aku ngan adik aku, ikut abah buka tanah kat sini, dari 3 ekar, sekarang ada dalam 40 ekar
untuk kawasan penternakan ni.
Dari lembu 1 ekor jantan, 20 ekor betina pada 5 tahun lepas. Sekarang dah 140 ekor dengan beberapa puluh ekor jantan lain yang telah dijual dalam masa 3 tahun ni. Alhamdulilah, rezeki tu Allah bagi pada orang yang berusaha.
Subscribe to:
Posts (Atom)